Kisah Manusia Yang Berjaya Kaya Raya


Kita semua tahu semua orang yang superkaya pada hari ini pernah melalui kesusahan dan kepayahan dalam hidup. Kita banyak dihidangkan dengan kisah-kisah kegagalan, kesusahan dan kepayahan hidup insan-insan yang berjaya menjadi kaya raya untuk dijadikan motivasi bagi yang mahu menjadi usahawan. Masalah hidup yang kadangkala takut untuk kita bayangkan perkara itu akan berlaku pada diri kita. Memoir mereka memang sedap dibaca untuk dijadikan sebuah inspirasi.

Masuk padang baru terasa penat


Tetapi boleh jadi ia hanya menjadi inspirasi sebelum kita bermasalah dan bertukar menjadi seperti kisah fairytale ketika kita sedang bermasalah. Bolehkah kisah kesusahan hidup mereka masih menjadi pemangkin inspirasi ketika kita berdepan masalah secara realiti? Selama ini mungkin kita mengagumi mereka dan mahu mencontohi mereka. Kalau mereka boleh melepasi halangan hidup, pasti kita pun mampu melakukan perkara sama bukan? Sekurang-kurangnya itu apa yang kita fikirkan.

Kita tak akan mampu merasai atau menjiwai kesusahan orang yang berjaya tanpa kita sendiri melalui fasa kepayahan itu. Ibarat kita melihat pemain bola bermain bola sepak di stadium. Selalunya kita membayangkan kita sebagai pemain diatas padang, bermain dengan lebih baik daripada mereka bermain. Tetapi perasaan itu sekadar lebih kepada perasaan emosi sendiri. Bila anda berada diatas padang, berdepan persekitaran sebenar, barulah anda tahu bagaimana penat dan susahnya untuk bertarung memburu kejayaan.

Jadi jika anda seorang usahawan yang sedang ditekan dengan masalah, sedarlah anda baru sahaja masuk kealam realiti perniagaan yang tidak akan sepi dengan cabaran. Cabaran yang telah dilalui oleh ramai orang yang sudah membina empayar dan warisan perniagaan yang agung.

Saya pun terasa penat


Saya mula memasuki dunia perniagaan selepasa tamat Diploma in Business Studies di UiTM Johor pada tahun 2007. Ketika sepatutnya saya riang ria menyambung Bachelor of Islamic Banking (Honourable) bersama kawan-kawan, saya memilih untuk menangguhkannya dan cuba memasuki dunia perniagaan. Motivasinya ketika itu kerana sedikit terpengaruh dengan idea Bill Gates, Michael Dell dan Oprah Winfrey yang meninggalkan dunia kolej dan membina empayar perniagaan mereka sendiri.

Heh, kini saya sangat terasa penatnya. Pengalamannya tidaklah banyak, tetapi cukup  memberi tamparan padu di pipi untuk menyedarkan betapa dunia perniagaan bukanlah seindah yang selalu saya bayangkan. Ia memerlukan semangat yang benar-benar kental untuk terus bermain di atas padang ini.

Tapi insyaAllah, tak akan saya berpatah arah untuk membina empayar perniagaan saya sendiri.

Apa nak buat bila lemah?

Sudah tentu kita lemah kerana kita tak tahu mana arah tuju dalam kehidupan. Maka kita semua perlukan panduan daripada Yang Maha Pemberi Hidayah untuk memberikan jalan keluar serta rezeki yang tidak disangka-sangka arah datangnya.

Lebih 90% manusia berjaya kaya raya adalah mereka yang tak percaya Allah adalah sumber pemberi rezeki mereka. Namun, masih Allah menurunkan kasih sayangNya memberikan kelebihan yang besar untuk mereka ini. Masih Allah berikan kesempatan mereka bangkit dari kegagalan, bangkit dari bankruptcy, dan lain-lain. Maka jika kita kita yakin Allah sebagai penyelesai masalah, Allah adalah tempat pertama yang perlu dituju.

Kelengkapan menyelesaikan masalah


Dunia ibarat roda yang susah senang selalu ada turun naiknya bergili-gilir mengambil tempat. Dalam dunia perniagaan ianya akan kelihatan lebih jelas. Kebolehan manusia seperti Bill Gates, Steve Jobs, Donald Trump, Oprah Winfrey mengatasi halangan hidup adalah menakjubkan. Walau mereka jauh dari panduan al-Quran, tetapi masih diberi kelengkapan atau alatan (tools) yang membantu mereka terbilang didunia hari ini.

Dan menjadi tanggungjawab umat Islam untuk mencari kelengkapan mereka sendiri dalam membina kejayaan didunia. Ini penting kerana dunia adalah tempat bercucuk tanam dan hasilnya dituai di akhirat. Jika mahukan kejayaan diakhirat, kejayaan didunia perlu direncana staterginya.

Saya dan teman-teman dalam Total Success sedang mengkaji dengan lebih mendalam apakah kelengkapan (tools) yang boleh diguna pakai jika ketika seseorang itu sedang jatuh, masih mampu menaikkan semula semangat emosi dan spiritualnya. Bagaimanan ketika dia bangun dari jatuhnya, produktivitinya melebihi daripada yang sebelumnya. Dan ianya pastilah berdasarkan al-Quran kerana ia sumber kekuatan umat Islam yang telah dibuktikan oleh Rasulullah dan para sahabat.

InsyaAllah.

Facebook Comments:

1 Comment

  1. kak su says:

    interesting thought, barakAllaahu fikum. Would like to know some suggestions from the ongoing research.

Leave a Reply

Read previous post:
Aku Serahkan Diriku PadaMu

Saya amat lemah secara emosi dalam beberapa hari ini. Ditambah dalam keletihan menahan lapar dan dahaga dibulan Ramadhan ia membuat...

Close