Kapasiti aqal atau intelek dalam al-Fatehah

Jika kita menyemak al-Quran, banyak perkataan akal digunakan untuk sama-sama kita ambil perhatian. Lebih 40 kali Allah mengulang perkataan ini dalam al-Quran. Sedar tak sedar, perkara ini antara topik utama dalam surah al-Fatehah yang kita ulang minimum 17 kali sehari. Namun dimana? Adakah Allah menggunakan perkataan ‘aqal’ dalam surah al-Fatehah ?

Memang kita tidak akan jumpa perkataan ‘aqal’ dalam Surah al-Fatehah. Namun Allah memberi terminologi yang berkaitan dengannya – علم (‘a la ma). Jika anda mencari perkataan ini dalam al-Quran, anda akan bertemu lebih 800 tempat Allah mengulangnya. Salah satunya di dalam ayat awal al-Fatehah:

fathah

Antara ‘alamin dan awalim

Namun kalau disemak dalam Kamus Hans Wehr atau alMuhiit, plural bagi ‘alam adalah ‘alamin dan awalim. Mengapa Allah tidak guna perkataan awalim?  Tidak lain tidak bukan, kita perlu merujuk kepada 68 tempat lagi dalam al-Quran  di mana Allah menggunakan perkataan yang sama. Ia akan membuka minda kita agar dapat memahami konteks ‘alamin ini. Ia pasti membantu kita untuk khusyuk dalam solat. Antara ayat-ayatnya:

alamin

25:1. Maha berkat Tuhan Yang menurunkan Al-Furqaan kepada hambaNya (Muhammad), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam.

alamin2

15:70. mereka menjawab: “Bukankah Kami telah melarangmu jangan menerima sebarang tetamu dari orang ramai (atau memberi perlindungan kepada mereka)?”

alamin3

2:122. Wahai Bani Israil, kenanglah akan limpah kurnia nikmatKu Yang telah Kuberikan kepada kamu, dan Aku telah melebihkan (datuk nenek) kamu (yang taat dahulu) atas umat-umat Yang lain (yang ada pada zamannya).

Daripada 3 contoh ayat diatas, ‘alamin merujuk kepada individu yang mempunyai intelek. Bukan untuk batu, kayu dan makhluk tanpa kasiti akal atau intelek.

Lantaran itu, ketika membaca Fatehah ayat pertama atau kedua, perlulah kita sedar dan menghadirkan intelek dalam memuji-Nya dengan sebaik-baik pujian yang diajarkan-Nya. Jika kita tidak menghadirkan intelek ketika itu, Allah tidak berkomunikasi dengan anda walaupun Fatehah sedang dibacakan. Hanya individu yang sentiasa berkomunikasi dengan Allah layak untuk mendapat keredaan-Nya.

Facebook Comments:

6 thoughts on “Kapasiti aqal atau intelek dalam al-Fatehah

  • February 21, 2009 at 1:04 pm
    Permalink

    Boleh tau anta pakai tafsir apa? Cool tafsir perkataan ‘alamin..itu baru satu perkataan, belum satu Qur’an lagi!

    Reply
    • February 21, 2009 at 1:10 pm
      Permalink

      Penulisan ini dibuat dengan merujuk:
      1) Nota dari kelas Bayyinah.COM
      2) Metode Penafsiran al-Quran oleh Prof Dr Nashruddin Baidan
      3) Memahami Bahasa al-Quran – Refleksi atas Persoalan Linguistik oleh Nor Ichwan

      Masa JM nanti boleh kita bincang2 🙂

      Reply
  • February 21, 2009 at 1:53 pm
    Permalink

    boleh tak akhi jelaskan apa yang dimaksudkan dengan menghadirkan intelek dalam perenggan terakhir tu? maksudnya memberi tumpuan dan faham apa yang dibacakan. begitukah?

    Reply
    • February 21, 2009 at 2:14 pm
      Permalink

      Ya. Antara maksud ‘Menghadirkan intelek’ tersebut :

      1) Menyedari speaker, content dan gaya penyampaian dari ayat tersebut (aspek yaqazah)
      2) Faham apa yang dibaca dan kaitannya dengan kehidupan dalam Quran (aspek fikrah)
      3) Mengaitkan dengan pengalaman semasa (aspek baseerah atau jelas kesan dalam kehidupan)
      4) Tahu apa yang perlu dibuat bagi meningkatkan lagi pujian bagi Allah dalam diri dan orang lain (amal)

      Reply
  • March 1, 2009 at 8:57 am
    Permalink

    Kena belajar bahasa Arab ni!! Supaya dapat faham alQuran dgn lebih penghayatan. Kemudian beramal dgnnya insyaALLAH.

    Mari jadi org Arab!! =)
    Nabi kata org Arab ialah mereka yg boleh bertutur dalam bahasa Arab..wallahu a’lam

    Reply
  • March 4, 2009 at 10:03 am
    Permalink

    Masya-Allah…betapa besarnya advantage belajar bahasa Arab ni…serba sedikit memang perlu mendalami bahasa Al-Quran ni…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
penawar musim sejuk

Tatkala cuaca yang tidak menentu di bumi US sekarang ini,ramai dikalangan pelajar kita yang dijangkiti batuk, selesema dan demam, tidak

Close