Saya ingin bina cerita sendiri


“Dah banyak buku yang ditulis, buat apa saya tulis lagi.”

“Bukankah kajian ini sudah ramai yang buat. Tidak perlulah saya buat lagi.”

“Dah banyak orang buat bisnes ini, buat apa saya buat lagi.”

Inilah penyakit “dah banyak orang buat”. Apabila makin banyak baca status Facebook orang lain, makin banyak tengok TV pasal berita orang lain dan banyak dengar cerita orang lain, ia boleh menjatuhkan estim diri. Sepatutnya cerita orang lain berperanan untuk menaikkan semangat. Tetapi kalau baja diletak banyak sangat, ia boleh membunuh pokok yang baru ingin tumbuh. Bajalah berpada-pada.

Saya ingin bina cerita sendiri agar dunia akan mendapat manfaat dari saya. Agar saya boleh ke dunia sana dengan bekalan untuk dipersembahkan kepada Yang Esa.

Antara bekalan untuk bina cerita sendiri ialah fokus pada apa yang perlu disiapkan. Rancang apa yang difokus. Binalah kejayaan-kejayaan kecil – tidak perlu dikongsi semua perkara dengan orang ramai. Fokus dan fokus. Kemahiran ini dibina dengan khusyuk dalam solat.

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Psikologi orang yang cenderung pada penzalim

Salah satu rukun untuk istiqamah ialah 'jangan cenderung kepada orang yang zalim'. Apakah maksud 'cenderung' tersebut ? Salah satunya ialah...

Close