Saya tulis, saya ingat


Ingatkah ketika di bangku sekolah? Biasanya saya dapat menjawab soalan dengan baik apabila saya telah membuat latihan tersebut. Saya menulis!

Atas dasar itu, saya juga sedar bahawa kebanyakan apa yang saya sampaikan dalam ceramah – yang amat saya yakini dan ingin kongsikan dalam ceramah kepada pendengar adalah apa yang pernah saya tulis di sini atau di tempat-tempat lain. Atau dalam buku catatan peribadi saya. Saya menulis.

Untuk mendapatkan isi kandungan buku yang tebal, bukanlah kita mampu menguasai kesemuanya kecuali diulang-ulang dalam pemikiran dan diamalkan. Kalau ia bersifat teori, ia perlu diamalkan dengan menulis. Saya menulis.

 Kesimpulannya, banyakkan menulis untuk memastikan apa yang dipelajari terpahat di pemikiran. Dan ia akan memastikan ia kukuh untuk kita laksanakan dalam kehidupan seharian. Cubalah!

 

Facebook Comments:

1 Comment

  1. hairolkamal says:

    yes, i started writing knowingly of my weakness “short-memory” dan ianya banyak membantu selain dapat berkongsi pengalaman sedikit yang ada.

Leave a Reply

Read previous post:
Apa yang perlu ada dalam usrah dan tarbiah?

Dalam buku Manajemen Tarbiyah Anggota Pemula terbitan PT Syaamil Cipta Media, ada dinyatakan berhubung hal tarbiah: Ketika berbicara tentang prinsip-prinsip...

Close