Merancang untuk seronok

Apabila sampai Syawal, ramai yang akan gembira. Itu tidak salah. Namun apa yang menjadi salah ialah apabila keseronokan itu tidak dirancang dengan baik. Apakah kesannya ? Seronok itu tidak kekal. Bagaimana untuk mengekalkan keseronokan? Rancanglah untuk seronok.


Merancang untuk seronok ini memerlukan kita melihat dunia dengan bukan sahaja satu dimensi. Kalau seronok yang ingin dikecapi hanya dilihat dengan perspektif kuih raya atau juadah tanpa had, orang begini ini tidak merancang. Untuk merancang seronok Syawal hingga ke bulan berikutnya, sertakan dengan elemen intelek, emosi dan spiritual.

  • Di peringkat intelek, terus mendalami cara pemakanan yang baik dan berpegang kepada pendapat terbaik.
  • Di peringkat emosi sendiri, perlu kuatkan semangat untuk mengawal diri dan dalam masa masa yang sama, jemput kawan dan ahli keluarga lain untuk turut serta bagi mendapatkan ┬ákeseronokan berpanjangan.
  • Di peringkat spiritual, kejayaan sebenar-benarnya ialah apabila kita mampu untuk bertemu Allah dan mendapat ganjaran syurga.

Ketika timbul dalam diri yang tidak keruan tentang juadah Syawal atau peluang untuk berbuat pelbaga perkara tanpa had, ingatlah bahawa batasan dalam kehidupan adalah cara terbaik untuk mengekalkan sesuatu sistem pada kebaikan. Jika anda seronok untuk merancang, anda sebenarnya merancang untuk seronok.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Rasa hati, rasa lidah

Rasa lidah menjamah durian. Ia amat sedap dan menarik bagi yang sudi merasainya dan sedia untuk belajar erti rasa. Rasa

Close