Salah Satu Punca Masalah Sosial?

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan 
ke arah memperkembangkan lagi potensi individu 
secara menyeluruh dan bersepadu 
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis 
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani 
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. 
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia 
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap 
keharmonian dan kemakmuran 
masyarakat dan negara.

 

  

Jika kita lihat di dalam falsafah ini, terdapat 4 aspek yg ditekankan di dalam falsafah pendidikan iaitu JASMANI (Physical quotient), EMOSI (Emotional Quotient), ROHANI (Spiritual Quotient) dan INTELEKTUAL (Intelectual Quotient). Ke-4 elemen ini menjadi teras kepada proses perkembangan potensi sumber manusia (dalam konteks di Malaysia). Kemudian elemen ini diteruskan atau dilandaskan kepada nilai kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Saya kira, falsafah ini amat cantik dan hebat dari segi pembentukan atau pengemblengan sumber manusia  di Malaysia. Apatah lagi jika dari sudut implimentasinya dapat dilaksanakan secara holistik. Semua golongan, badan2 bukan kerajaan, malah masyarakat menyokong kepada falsafah pendidikan negara kita. Tetapi, apa yang berlaku pada hari ini?

Saya melihat melalui pantauan serta pengalaman saya mengendalikan program motivasi dan syaksiah, kebanyakkan produk yang dihasilkan di sekolah tidak selari dengan apa yang difalsafahkan. Contohnya seperti elemen rohani dan emosi tadi. Sejauh manakah elemen tersebut di kembangkan? Maksud saya, bagaimana elemen rohani dan emosi pelajar @ remaja di bentuk?

 Saya yakin, di sekolah kita pada hari ini, elemen intelek atau IQ memang sudah dijana dengan baik, malah semakin atau terlalu banyak ditekankan sangat sehinggakan elemen yang lain tidak diperkemaskan. Di sekolah, guru hadir ke sekolah, lalu masuk ke kelas, terus mengembangkan IQ pelajar. Tetapi jarang guru yang hadir ke sekolah kemudian mengajar untuk mengembangkan potensi emosi (Emotional Quotient) dan juga rohani (Spiritual Quotient). Sebagai contoh, seramai mana guru yang masuk ke kelas, meningkatkan rasa suka, gembira, sayang (bentuk emosi) supaya minat belajar matapelajaran yang diajar? Sains tulen sebagai contoh. Saya yakin, secara emosional ,matapelajaran ini paling tidak digemari oleh pelajar. Tetapi adakah guru yang masuk ke kelas meningkatkan emosi pelajar agar suka belajar matapelajaran tersebut? Tetapi jika ada guru yang berjaya meningkatkan emosi pelajar (EQ), tetapi mereka tidak masih tidak mampu untuk mendapat kefahaman, menghafal dan menguasai matapelajaran tersebut atau ringkasnya IQ mereka rendah,tetapi emosi (EQ) dapat dibangunkan agar mereka ini gemar dan suka mendalami atau belajar  matapelajaran tersebut akan mampu meningkatkan keupayaan IQ mereka. Tetapi, jika situasi pelajar IQ-nya tinggi, atau mereka dapat menguasai matapelajaran tersebut, tetapi emosi (EQ) mereka tidak positif, tidak suka belajar sains, mungkin yang akan berlaku ialah mereka tetap belajar, tetapi dalam potensi keterpaksaan, bukan kerelaan dan ikhlas. 

Persoalannya, jika nilai emosi (EQ) ini tidak dibangunkan di dalam diri pelajar, maka dimanakah nilai penghayatan, kefahaman atau nilai spiritual yang positif akan wujud di dalam diri pelajar? Bagaimanakah pula jika emosi pelajar di sekolah jika ianya tidak di tinggikan atau dilatih supaya minat mendalami matapelajaran sains sebagai contoh? Saya rasa ianya akan dianggap mustahil untuk meningkatkan minat serta suka belajar , jika guru atau sesiapa sahaja, tidak ada kemahiran untuk meningkatkan nilai emosi (EQ) di kalangan pelajar. 

Nilai emosi membangkitkan spiritual 

Perkara kedua pula, jika kita melihat senario pada hari ini. Apakah nilai ukuran bagi aspek J (jasmani)-E(emosi)-R (rohani)-I (intelek) dalam falsafah pendidikan kebangsaan kita? Saya yakin jika aspek intelek atau IQ ini, kayu ukurnya adalah pembentangan prestasi pelajar pada setiap tahun di dada-dada akhbar, liputan berita, malah telah di maklumkan oleh Menteri Pendidikan kita. Seperti yang kita alami, memang setiap tahun, kita akan dimaklumkan bahawa pelajar cemerlang dalam peratusan-peratusan yang tertentu. Persoalan hari ini lagi, apakah kayu ukur atau indikator bagi perkembangan emosi dan rohani pelajar Malaysia? Saya kira, ianya mungkin tiada? Pernah kah kita bertanya kepada diri kita, adakah pelajar sekolah yang mempunyai nilai IQ yang tinggi, dalam masa yang sama mereka mempunyai nilai rohani dan emosi yang stabil? Adakah mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang ini, mereka tergolong di dalam golongan yang benar-benar positif emosinya (EQ) dan tinggi nilai spiritual-nya (SQ)? 

Baik, mari kita lihat fakta di dalam akhbar baru-baru ini. Satu kajian dari seorang doktor falsafah dari bidang psikologi telah mendedahkan di dalam kajian beliau di kalangan pelajar perempuan yang bermasalah atau kategori high risk. Dari pantauan beliau, di dapati bahawa, hanya seorang dari ratusan bilangan sampel yang di ambil adalah mereka yang tidak terlibat dengan salah laku seks bebas. Bakinya, mereka pernah melakukan seks rambang! Saya juga berpendapat bahawa, bukan laporan ini sahaja yang mendedahkan salah laku, malah jika tidak ada laporan ini pun, sudah jelas di dalam masyarakat kita hari ini, terutamanya remaja, sudah menunujukkan gejala sosial yang kurang sihat. Bukankah pelajar atau remaja ini bersekolah di sekolah di sekolah berasrama penuh, sekolah agama dan sekolah yang baik-baik? Bukankah mereka ini telah melalui sistem falsafah pendidikan kebangsaan yang menekankan aspek rohani (spiritual) ?

Jika elemen rohani ini ditekankan, mengapa masih banyak gejala sosial yang berleluasa, malah sudah lagi tidak terkawal? Kes bunuh+buli, yang kita dengar baru-baru ini juga,amat mengejutkan. Bukankah aspek rohani ditekankan di dalam aspek pendidikan? Apakah fungsi rohani atau spiritual di dalam falsafah pendidikan kebangsaan kita? Tidakkah nilai rohani itu berfungsi? Dimanakah nilai yang tidak kita tekankan? Dimanakah matapelajaran yang tidak kita ajarkan kepada mereka? Dimanakah kelemahan kita sebenarnya?

 Di dalam perkongsian ini, bukanlah bermaksud untuk menunding jari, tetapi adalah bertujuan untuk kita bersama menilai dan muhasabah. Saya yakin, jika hal ini dikaji dengan mendalam dan memperbaiki semula nilai yang ada, maka, hari ini kita akan mampu mengubah atau merawat penyakit sosial yang berlaku di kalangan masyarakat kita. 

 Peranan masyarakat malah ibubapa dan guru adalah harus memastikan aspek emosi (Emotional Quotient), fizikal (Physical Quotient), intelek (Intellectual Quotient) dan spiritual (Spiritual Quotient) atau ringkasnya E-P-I-S ini stabil supaya transaksi E-P-I-S dari golongan orang dewasa kepada remaja atau anak-anak berada di dalam keadaan yang stabil dan harmoni serta memberikan kesan yang positif. 

Falsafah pendidikan kebangsaan perlu di lihat semula  

Saya yakin, jika nilai jasmani, emosi dan rohani ini dilihat semula dan di gemblengkan seperti mana nilai intelek (IQ), maka kita dapat mengawal dan meningkatkan seperti mana nilai IQ di naikkan. Nilai emosi (EQ), fizikal (PQ) dan spiritual (SQ) ini harus diambil kira kerana ia adalah potensi manusia yang di anugerahkan oleh Allah kepada manusia. Jika kita tidak menyalurkan atau menyediakan alternatif bagi remaja dan masyarakat bagi menyalurkan potensi mereka itu, maka tidak hairanlah mengapa potensi emosi dan fizikal mereka  digunakan kepada perkara-perkara yang nagetif.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Kecerdasan Spiritual Menurut Kaca Mata Islam

Apakah pandangan Islam mengenai kecerdasan spiritual ini? Adakah ianya selari dengan definisi Barat? Adakah ianya bermaksud mencari erti kehidupan? Sebelum

Close