Kuih Almond London Kurang Diminati – Catatan Syawal 1432

Syawal 1432 banyak memberi nilai pada diri saya. Salah satunya ialah ‘kuih almond london sudah saya kurang minati.’ Saya perhatikan anak-anak yang datang beraya juga begitu. Saya mencari sebab.

Berikut ialah andaian yang saya dapat buat:

  • Ada kuih yang lebih sedap
  • Kuih almond london sudah biasa di kalangan anak-anak ini.
  • Saya sudah berumur – tidak suka lagi yang manis-manis
  • Atau mungkin disebabkan saya sudah mendengar nasihat Dr Mahathir Mohamed, menyebabkan fikiran saya tidak berminat untuk mengambil almond london banyak-banyak kerana ia menggangu kesihatan
Apa pun sebabnya dan sedapnya, kuih almond london adalah lambang kemewahan kerana tidak semua orang mampu menikmatinya. Apa yang disukai suatu masa dulu mungkin tidak relevan lagi sekarang kalau hidup dipenuhi nilai yang jauh lebih berharga. Dalam hal ini, kesihatan saya lebih berharga untuk disyukuri.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Merancang untuk seronok

Apabila sampai Syawal, ramai yang akan gembira. Itu tidak salah. Namun apa yang menjadi salah ialah apabila keseronokan itu tidak

Close