Raja Midas tidak ada pilihan

Kisah mitos Raja Midas yang dipopularkan menjadi satu pengajaran bahawa pilihan amat penting diberikan. Pengaruh mutlak amat merbahaya. Raja Midas mengharapkan apa yang beliau sentuh akan menjadi emas. Harapannya menjadi kenyataan. Beliau menyentuh epal, epal menjadi emas. Ketika beliau ingin makan, sentuhannya menjadi emas. Tidak lama, anak perempuannya mendekati beliau. Si anak juga menjadi emas dan Raja Midas telah membunuh anak sendiri !

Begitulah dalam kehidupan. Tidak semua perkara perlu diperoleh secara mutlak. Jika kita tahu semua perkara, otak mungkin akan jadi gila. Kalau kita nampak semua makhluk, tidak mampu kita berjalan kerana akan tersepak-sepak dengan hantu syaitan.

Pilihan adalah satu nikmat untuk seorang hamba. Pilihan jugalah yang perlu diberikan kepada individu di sekeliling kita. Pilihan tidak semestinya kebebasan tanpa arah.  Pilihan sebegitu tidak digalakkan. Pilihan yang sesuai ialah pilihan yang menghargai dan menghormati potensi orang lain.

Ramai orang ingin jadi kaya seperti Raja Midas jika diberi pilihan, tetapi hampir tidak ada yang ingin membunuh anaknya sendiri jika diberi pilihan. Pilihan dari Pencipta adalah satu nikmat.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Belajar bercerita

Saya membelek lewat malam ini tentang kepentingan cerita. Sang Cerita sering menekankan kandungan dan suasana. Sang Cerita mengenal 'contents' dan

Close