The 4th Alternative

Saya baru sahaja membeli The 3rd Alternative karya terbaru Stephen R Covey. Ia bukan sekadar ‘my solution’ atau ‘your soulution’. Ia bercakap tentang ‘our solution’. Saya amat kagum dengan  karya ini yang membawa kepada idea sinergi dalam kehidupan seharian. Namun cukupkah kepada alternatif ke-3? Saya merasakan ada yang hilang. Pilihan ke-4.

Pilihan ke-4 ini ialah apabila ia dilaksanakan dan dikaitkan dengan elemen spiritual dalam kehidupan seharian. Kalau dimensi ke-4 dikaitkan dengan masa oleh Einstein, ia menunjukkan elemen masa perlu diberi perhatian apatah kalau alternatif ke-3 ini disuluh dari dimensi yang lebih tinggi – spiritual.

Sebagai contoh, Ahmad dan Ali mencari penyelesaian adakah ingin melanggan Celcom atau Maxis atau Digi.

1st alternative: My solution oleh Ahmad: Maxis

2nd alternative: Your solution oleh Ali: Celcom

3rd alternative: Our solution: apakata kita kaji bersama. Akhirnya kita sama-sama guna Celcom kerana ia akan menjimatkan kita.

4th alternative: His solution: kita istikharah selepas bermesyuarat. Lihat pada masa dan bergantung kepada mesej yang dihantar oleh Tuhan. Lihat kepada nilai kebaikan dan cara pandang. Kalau Celcom yang baik, maka kita teruskan dengan harapan kalau ada perkara tidak baik berlaku, kita sedia untuk mengubah diri dan mengikut keperluan dalam masa yang ada.

Beza antara 3rd dan 4th alternative

Elemen 3rd dan 4th ini melibatkan masa dan sumber dimensi yang lebih tinggi. Dimensi masa tidak kita nampak atau dapat jangkakan. Dalam Game Theory, ia sesuatu yang sukar difikirkan dinamikanya. Dalam organizational behavior, ia tidak mampu dijangkakan 100%.

Contoh:

Ketika berstatus kontrak, buat kerja bagus dan cepat.

Ketika sudah berstatus tetap, buat kerja lambat dan tidak produktif kerana ia ada kaitan dengan status yang tetap – pasti ada gaji dan sukar untuk dipecat.

Kalau dicari 3rd alternative, ia mungkin boleh bertahan dalam masa yang singkat. Namun selepas itu, ia tidak pasti. The 4th Alternative akan memberi dinamika dalam dimensi masa dan ini dibantu singkat oleh kepercayaan kepada perkara spiritual. Seseorang yang percaya pada spiritual akan menjadi lebih dinamik. Namun kalau salah kefahaman, ia akan menyebabkan amat ‘vulnerable’ dalam merancang dan melaksanakan sesuatu idea kerana ia akan sentiasa tukar dan merasakan diri sendiri tidak mampu melihat sesuatu yang besar. Ia adalah paradoks:

  • Apabila yakin pada spiritual, kita rasa diri kita kecil dan tidak mampu untuk buat perkara besar padahal Yang Maha Perkasa memang mampu membantu kita buat perkara yang besar.
  • Apabila kurang yakin pada spiritual, kita rasa amat yakin pada diri padahal diri sendiri ini amat kecil berbanding Tuhan yang mampu mencipta alam.

Berfikir dan menyelesaikan isu seharian perlukan The 4th Alternative.

Namun ia perlukan ketabahan untuk berbincang dan bersinergi. Dengan masa dan sumber spiritual, ia akan membawa seseorang itu kepada penyelesaian yang amat menarik. Perlu diingatkan, langkah untuk menuju alternatif ke-4 perlu bermula dengan langkah 1,2 dan 3. Ramai yang suka memaksimumkan kekuatan diri dan organisasi, namun kurang diberi perhatian kepada sumber kepercayaan kepada elemen atau dimensi lebih tinggi. Malah kita akan nampak bahawa elemen keempat ini – spiritual – bukanlah terasing. Ia bahkan menjadi pelengkap semerta kepada isu dalam kehidupan seharian.

Bayangkan kalau sesuatu organisasi telah merancang bersama dengan mencari The 3rd Alternative namun tidak juga berjaya selepas ia dilaksanakan? Atau individu yang berbincang itu tidak memegang hasil The 3rd Alternative? Itu semua memerlukan masa dan spiritual untuk bertindak. Spiritual memerlukan kepada masa.

Untuk membuat pilihan dan membina cara berfikir kita mewujudkan banyak lagi pilihan, amat penting kepada The 4th Alternative. Kalau kita tidak hadir dengan The 4th Alternative, lambat laun akan musnah jua legasi yang dibina – samada di dunia atau di akhirat.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Bosan setelah mendapat kaya dan selesa

Apabila kita sibuk dengan kerja dan tugas, kita sering inginkan masa luang. Kalau boleh ingin di'buang' semua kerja atau berhenti

Close