Fasabrun jameel… Melihat secara sistemik


Apabila berhadapan dengan karenah anak membawa baju berlumuran darah tipu, fasabrun jameel.

Apabila si adik hilang selepas bertemu dengan pemerintah Mesir, fasabrun jameel.

Perkataan yang sama – diucapkan oleh Nabi Yaakub membawa kita kepada kepentingan melihat secara menyeluruh. Barulah sabar akan menjadi jameel – cantik dan baik. Menyeluruh itu diikuti dengan doa – ALlah yang membantu dan moga kita dapat berkumpul kembali. Inilah yang dirakamkan dalam Surah Yusuf.

Bagaimana mendapatkan kemahiran Fasabrun Jameel?

Lihat secara menyeluruh. Jangan dilihat secara berdikit. Menyeluruh ini melibatkan sunnatullah dan syariatullah. Lantas membawa kepada doa kepada yang Esa untuk menjadikan segalanya jameel.

Jameel, jamal dan jumlah

Makna 3 perkataan ini saling berkait – bermaksud – melihat secara menyeluruh. Jameel ialah melihat fizikal dan akhlak secara menyeluruh. Kalaupun melihat fizikal seorang manusia, kita perlu melihat secara menyeluruh – baru dinamakan jameel. Tidak mungkin tengok hidung sahaja sudah dikatakan jameel.

Begitu juga ketika melihat jamal – unta. Unta binatang yang tidak berapa ‘handsome’ dari segi fizikal, namun ia amat macho dan bermanfaat kepada manusia di padang pasit. Cantiknya pada manfaat dan macho.

Jumlah atau ayat tidak mungkin cantik kecuali apabila ia disusun dengan baik dan menyeluruh. Maknanya membawa kecantikan. Kalau hanya ada patah perkataan tanpa kaitan, ia tidak dinamakan jumlah. Ayat dalam al-Quran – biarpun satu – ia boleh menerangkan pelbagai perkara yang bermakna. Inilah kehebatan ayat dalam al-Quran, bukan hanya tunggu lengkap lebih 6000 ayat baru boleh menghargai kisahnya seperti membaca sebuah buku novel atau cerita atau buku teks.

Baca  Quran, akan membina jameel

Lantaran al-Quran mempunyai ayat yang berbeza-beza membawa untaian permata yang cantik, ia akan memberi kesan kepada sesiapa yang membaca dan dapat mengambil permata pelajaran darinya.

Sunnatullah jameel – melihat kesan akhir kejayaan sesuatu cabaran

Syariatullah jameel – melihat ayat-ayat janji syurga Allah dan tidak akan dihilangkan walau sedikit kepada sesiapa yang sabar.

Barulah fasabrun akan jadi jameel. Barulah sabar akan menjadi cantik – bukan menghodohkan si penyabar.

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Bina Insan (S): Jiwa Rasa Kosong?

MUQADDIMAH Renung dan tanya ke dalam diri. Jiwa kosong? Rata- rata bila ditanya pada semua orang pasti akan merasainya. Mengapa...

Close