SERIWAJAH – Memahami elemen menuju kejayaan

Kefahaman dan kemahiran untuk kejayaan (KuK) ini merupakan sesuatu yang tidak dapat dipisahkan bagi individu yang serius dalam kehidupan ini. Terdapat butiran yang perlu difahami apabila kita menyatakan kemahiran fizikal. Sebagai contoh, aspek pemakanan perlu dilihat dan diamalkan dengan baik bagi memastikan seseorang boleh berjaya di dunia dan akhirat.

Jika seseorang suka menghisap rokok atau mengambil makanan yang kurang berzat, ini adalah petunjuk ke jalan kegagalan samada di atas muka bumi ini atau pada alam seterusnya. Itulah sebabnya apabila kita berdoa rabbana aatina fid dunya hasanah, ia menunjukkan kita inginkan kebaikan dan kejayaandi dunia lagi – bukan sekadar di akhirat. Individu yang berjaya di akhirat mempunyai kejayaan di dunia lagi. Lihatlah Bilal b Rabah yang pasti menjadi ahli syurga sebagaimana hadis Nabi. Berjayakah beliau di dunia? Ramai menyatakan tidak. Namun hakikatnya 'ya' kerana daripada seorang yang berkulit hitam hina dina, beliau dinaikkan derajat di sisi Allah apabila masuk Islam. Siapakah yang mengumandangkan nama Allah dalam azan terutama ketika Fathu Mekah jika bukan Bilal? Semulia itukah Bilal sebelum masuk Islam?

Oleh itu, marilah kita mengkaji tokoh yang berjaya di dunia pada lapangan masing-masing untuk  kita bersedia belajar – bagaimana untuk berjaya di dunia dan akhirat.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Habis Minyak 2 Kali

Kali ini, saya memandu van seorang kawan. Van itu agak lama tetapi ia banyak berkhidmat kepada individu seperti saya yang...

Close