Ada bekalan pada al-Quran

Al-Quran adalah kalamullah yang menjadi mukjizat serta diturunkan kepada qalbu Nabi Muhammad secara tawatir dan membacanya menjadi ibadah. Pada kalamullah ini, ia adalah sumber hidayah jika diperhati dan diambil dengan benar. Ramai manusia yang sudah bertemu dengan mukjizatnya – akan menyatakan bahawa al-Quran amat manis dibaca dan diamalkan. Ia adalah sumber tenaga bagi spiritual yang akan memberi kesan kepada fizikal seseorang. Mengapa spiritual perlu dimantapkan?

Hidup di dunia ini kelihatan seperti sekadar bersama material yang tidak pernah cukup-cukup. Namun hakikat sebenarnya, bagi individu yang berjaya, tekad usaha di peringkat spiritual mereka berlainan dengan individu yang cukup dengan kejayaan yang sedikit atau kekalahan yang memanjang.  Spiritual yang kuat akan mampu menghasilkan kesan estim yang tinggi untuk berjaya. Untuk berjaya di dunia, perlukan estim tinggi. Untuk berjaya dunia dan akhirat, ia malah perlu dilatih dan diberi kefahaman yang sewajarnya lantaran perjalanan ke akhirat itu jauh dan sukar.

 

(bersambung)

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Jangan Tidur Larut Malam

Email ini bersumber satu email. Penulis dari Indonesia. Para  dokter di National Taiwan Hospital baru-baru ini mengejutkan dunia  kedokteran karena

Close