Infinity of infinity

Sewaktu penulis menonton theater “Complicite: A Dissapearing Number”, satu perkara yang telah dipelajari adalah tentang konsep infinity of infinity.

Berapa banyak infinity yang ada dalam satu garis nombor?

Cuba kita lihat.
0, 1, 2, 3, … +∞
0, -1, -2, -3, …-∞
Kita ada positif infinity dan negatif infinity. Jadi, jawapan kepada soalan di atas ialah: dua.

Betul. Tapi tak tepat. Lihat.
Antara nombor 1 dan 2, ada 1.1, 1.2, 1.3, … 1.8, 1.9.
Dalam pada masa yang sama, antara nombor 1.1 dan 1.2, ada 1.11, 1.12, 1.13, … 1.18, 1.19.
Juga, antara nombor 1.11 dan 1.12, ada 1.111, 1.112, 1.113, … 1.118, 1.119. Dan seterusnya…
Jadi, bila dilihat antara nombor 1 dan 2 ada infinity of numbers. Dan hal ini berlaku antara setiap nombor bulat (integer) i.e. antara 1 dan 2, 2 dan 3, 3 dan 4, … ∞. Jadi, dalam satu garis nombor yang ada infinity of numbers, ada infinity of infinity.

Cuba kita kaitkan konsep ini dengan konsep masa. Bila kita lihat organizer masing-masing, ia disusun mengikut hari. Setiap hari ada ‘kotak’ yang tersendiri. Dan kita tahu, setiap hari ada 24 jam. Setiap jam ada 60 minit. Setiap minit ada 60 saat. Setiap saat boleh juga dipecahkan kepada milisaat, mikrosaat, nanosaat dan seterusnya..dan setiap waktu itu sangat berharga.

Kalau kita kaitkan konsep ini dengan konsep sifat Allah SWT yang Maha, contohnya, Allah Maha Melihat. Kita pergi kemana sahaja, menyorok dimana-mana, menjelajah ke planet lain pun, Dia tetap melihat kita. Bukan itu sahaja, dia sentiasa melihat kita. At all times. Not even a split second akan kita berada di luar penglihatan Yang Maha Esa. Juga, tidak kira saiz, Allah Maha Melihat. Dari objek yang paling besar (relatively)  kepada yang paling kecil, sekecil-kecil bakteria pun, ia masih dilihat olehNya. Berapa banyak benda Dia boleh lihat? Infinity. Berapa lama boleh lihat? Infinity. Itulah kehebatan Nya, infinity of infinity.

Kita lihat contoh lain, Allah Maha Kuasa. Bukti-bukti kekuasaan Nya banyak dapat kita lihat, tak perlu pergi jauh, kehidupan seharian kita sudah cukup. Contohnya, kuasa Allah membenarkan kita menghirup udara, mengambil oksigen dan menghembus karbon dioksida. Dan walau seramai mana pun yang menghirup dan menghembus, keseimbangan gas-gas di udara masih selamat untuk manusia. Kalau Allah menggunakan KuasaNya menghilangkan udara selama satu minit. Bayangkan. Kuasa Nya ke atas infinity makhluk, infinity waktu, infinity kekuasaan. Itulah kehebatan Nya. Infinity of infinity.

Dalam kehidupan kita, setiap saat sangat berharga kerana setiap saat itu ada infinity kiraan saat. Perlu kita sentiasa memanfaatkan setiap waktu yang kita ada, samada untuk menimba ilmu, makan, berehat, dan sebagainya. Dan dalam setiap itu, Dia sentiasa bersama kita; melihat, mendengar, dan ‘menemani’ kita di mana-mana sahaja kita berada. Kalaupun kita terasa keseorangan, ingatlah Dia akan sentiasa ‘bersama’ kita, dan kita juga perlu meluangkan masa untuk ‘bersama’ Dia, infinitely.

Facebook Comments:

3 thoughts on “Infinity of infinity

  • February 23, 2009 at 7:18 pm
    Permalink

    aah kn..
    xpnah t’fikir pulak psl tu..
    Infinity of infinity..MasyaAllah!

    Reply
  • February 25, 2009 at 3:33 pm
    Permalink

    sekecil2 ibadah kita pun jangan pandang ringan.
    tetap bernilai di sisi Allah..

    dan mungkin
    ibadah yg paling kecik tu lah yang bawa kita ke syurga..

    -banyak ni ibadah kecik2 yang boleh dibuat ye tak?-

    Reply
  • March 1, 2009 at 9:45 am
    Permalink

    Subhanallah, terlampau leka dgn kehidupan duniawi tak tersedar ttg sekecil2 bakteria pun mampu mengubah something. Ana setuju dgn ibadah paling kecik tu pun boleh bawa ke syurga, cthnya zikir atau selawat ke atas Rasul. Perkara paling senang utk dibuat dalam rutin sehari-hari, tak perlu berhenti buat kerja pun.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
They outdo themselves

What happened to great civilizations in the past? How did they go down? They outdo themselves.

Close