Habis Minyak 2 Kali

Kali ini, saya memandu van seorang kawan. Van itu agak lama tetapi ia banyak berkhidmat kepada individu seperti saya yang masih belum berkenderaan. Insha-Allah dalam masa terdekat, saya akan mendapatkan satu agar mudah dan tidak perlu saya meminjam-minjam hak orang lain.

Ketika berada di pintu pagar belakang Bukit Jalil Technology Park, tiba-tiba van itu tersengguk-sengguk dan berhenti. Lampu merah menandakan minyak habis menyala. Ya Allah!…

Saya agak panik tetapi saya beristighfar dan meminta isteri saya menelefon kawannya bahawa mungkin dia masuk kerja lambat. Kalau ada peluang, tolong ambil isteri saya di pintu pagar tersebut. Namun harapan itu hanya tinggal harapan.

Segera saya mengambil sebiji botol dan berlari anak ke stesen minyak terdekat. Alhamdulillah ada stesen Petronas berdekatan. Saya asalnya ingin mengisi minyak. Namun kerana berkejar 8.30 – waktu pejabat isteri saya, saya tangguhkan dulu.

Saya beli minyak RM 2 dan kembali ke van. Saya isi minyak tadi dan cuba menghidupkan enjin. Tidak dapat. Saya cuba lagi. Tidak berjaya. Saya turun dan membuka penutup minyak di van. Selang beberapa saat, enjin dapat dihidupkan. Alhamdulillah. Saya bergegas memandu dan isteri saya berjaya sampai lewat 10 minit.

Terus memandu ke Shah Alam

Setelah menurunkan isteri saya di tempat kerjanya, saya terus memandu ke Shah Alam dengan melalui lebihraya KESAS. Sememangnya saat-saat cemas kehabisan minyak tadi rasa terubat dengan perjalanan yang lancar. Hati agak senang sehinggakan ada stesen minyak terdekat dilewati tanpa saya memberhentikan van untuk mengisi minyak tambah. Tadi sudah penat, jadi sekarang bolehlah relax. Itulah getus hati saya. Alpa dan lalai menerpa. Rasa merasionalkan dalam diri: tak pe. Saya akan isi minyak pada stesen seterusnya.

Namun ia tidak berlaku. Sekali lagi van yang saya pandu tersengguk-sengguk. Saya cemas dan sudah tidak keruan. Saya alihkan arah van ke bahu jalan. Lampu merah menyala – menandakan minyak RM 2 tadi sudah habis. Ya Allah!

Berjalan agak jauh

Saya menoleh ke belakang. ‘Jauh dah nie nak ke belakang’, hati saya membisik.  Tapi adalah lebih jauh untuk mencari stesen minyak di depan. Saya turun dari van dan megambil botol lain. Pintu-pintu van dikunci lantas saya berpatah untuk menuju stesen minyak yang sepatutnya saya berhenti sebelum ini untuk mengisi minyak.

Saya terus berjalan dan berjalan sambil memerhati kalau ada apa-apa peluang untuk menumpang individu ke stesen minyak terdekat. Namun saya tahu bahawa untuk mendapat pertolongan orang di atas lebuhraya ini amat rendah sekali.

1 km saya berjalan.  Belum bertemu lagi. 1 km lagi saya berjalan. Belum bertemu. Dan saya tidak pasti berapa lama saya berjalan sehinggalah nampak van KESASlalu. Saya menahan. Ia tidak berhenti namun ia makin perlahan. Saya menoleh ke belakang dan cuba mendapatkannya. Kali ini perasaan malu perlu dibuang. Ketika berjalan pun, saya sudah tidak segan atau malu – mungkin kalau ada sesiapa yang mengenali saya nanti. Aik! Jalan kaki…

Bersama dengan van KESAS

(bersambung)

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
KuK Merentasi SERIWAJAH

Kemahiran untuk Kejayaan (KuK) adalah modul asas di Noble Vision Consultants. Ia adalah gabungan pelbagai elemen untuk berjaya di dunia...

Close