Belajar bercerita

Saya membelek lewat malam ini tentang kepentingan cerita. Sang Cerita sering menekankan kandungan dan suasana. Sang Cerita mengenal ‘contents’ dan ‘context’. Namun Sang Fakta tidak semestinya sedar akan ‘context’. Sang Fakta sering bergaduh dengan Sang Cerita. Saya terus membelek Sang Fakta dan Sang Cerita.

Menurut kawan kepada Sang Cerita dan Sang Fakta yang bernama Annette Simmons, banyak perkara yang perlu diketahui untuk menghargai Sang Cerita dan Sang Fakta. Saya memerhati CASIC Gallery. Saya melawat beberapa tempat lain di laman sesawang. Ramai yang suka web yang berkawan rapat dengan Sang Fakta. Namun lebih ramai yang suka menatap laman yang berkawan dengan Sang Cerita.

Sang Cerita dianggap baik oleh ramai orang. Sang Cerita sering menghiburkan dan mempunyai emosi yang lembut untuk membawa orang ramai menghargai dunia. Dunia memang banyak fakta. Namun fakta itu perlu disusun dengan baik dengan bantuan Sang Cerita agar ia memberi inspirasi kepada ramai.

Ada yang suka berkawan Sang Cerita tetapi selepas diproses, individu-individu ini berubah wajah menjadi Sang Fakta. Ada individu yang memang berkemahiran lama berkawan dengan Sang Fakta, lantas disampaikan kepada orang ramai sebagai Sang Cerita.

Siapakah individu yang boleh memberi manfaat luas? Tentulah individu yang suka bersama orang ramai membawakan Sang Cerita bersama. Sang Fakta boleh dibawa tetapi tidak boleh ditinggalkan Sang Cerita. Sang Cerita kekadang hadir meninggalkan Sang Fakta – kekadang ia tersasar dari kebenaran hakiki tetapi masih disukai ramai. Sang Cerita sering nampak relevan dengan orang ramai.

Moga-moga saya mampu memahami dan berkemahiran berkawan dengan Sang Cerita. Sang Cerita, ajarlah saya untuk bercerita. Saya ingin bercerita banyak, sebagaimana banyak cerita dalam al-Quran. Bukan menjadi Toy Story sahaja.

 

Facebook Comments:

2 thoughts on “Belajar bercerita

  • September 7, 2011 at 8:45 am
    Permalink

    terima kasih kerana berkongsi. Cuma cerita nie kadang-kadang saya sering disalahgunakan … macam mana tu ?

    Reply
    • September 7, 2011 at 8:47 am
      Permalink

      itu yang memerlukan kemahiran dan disiplin dalam kehidupan…fakta yang berasaskan objektif thinking perlu menjadi asas untuk menyampaikan atau mendengar cerita..kalau tidak, asyik kena tipu sahajalah 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Risiko dalam berilmu

"Dia kan ada SRP je...bukan macam kita ...ada Ijazah luar negara. Dia tak sama berfikir macam kita." "Mampukah dia memahami

Close