Mengenal erti ‘peluang’

Dalam hidup ini, ada peluang untuk kita mendapat dan peluang untuk memberi. Dalam bisnes juga, ada peluang kita mendapat ilmu atau memberi ilmu. Ada peluang untuk kita mendapat duit atau memberi duit. Atau adakah masanya dalam hidup kita yang dianggap ‘bukan peluang untuk mendapat atau menerima’? Atau diistilahkan sebagai 0? Tidak bermanfaat?

Contohnya, anda diajak untuk meeting untuk mendengar ‘program reseller’. Ada yang kata, ini ialah peluang dapat duit. Ada yang kata, ini peluang untuk memberi duit (perlu beli). Dalam hubungan ini, kita jelas bahawa peluang dapat duit menyebabkan kita ingin turut serta. Kalau beri duit atau perlu beli, benarkah ia tidak menyeronokkan? Bagaimana kalau produk itu kita perlukan ? Namun kalau kita tidak perlukan, kita mungkin tidak berminat untuk menyertai mesyuarat tersebut.
2 perkara di atas jelas. Antara ingin serta atau tidak. Namun kalau kita tidak pasti dapat duit atau kena beri duit, akan pergikah kita ? ┬áKalau ada masa dan ‘seruan’ itu datang berkali-kali, memenuhi undangan amat baik. Kalau katakan tidak nampak manfaat, yakinlah ‘ada manfaat’. Orang beriman akan menyatakan semua yang berlaku tidak sia-sia. Kalau tidak dapat duit, dapat ilmu. Tidak dapat ilmu, dapat melebarkan ukhuwah. Tidak dapat ukhuwah, dapat pahala. Tidak sia-sia.
Apabila ia nampak begini, kita akan sentiasa nampak peluang. Makin sering dipanggil-panggil dengan lumrah dan tidak memaksa, ia adalah peluang yang jangan dilepaskan. Malah kalau dipaksa pun, kalau ia berbaloi, ambillah peluang itu. Pasti ada manfaat – niatkan kerana Allah.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Apa perlu buat jika rasa amat banyak perlu dilaksanakan

Salah satu daripada perkara penting dalam kehidupan yang dinyatakan oleh Hassan al-Banna: 'tugas yang ada amat banyak berbanding masa yang

Close