Apabila mengharap lebih pada manusia


“Aku expect dia tolong.”
“Aku harap dia bantu aku.”
“Saya harap dia fahami saya. Takkan tak faham.”

Kalau semua manusia ini buat apa yang kita suka atau harapkan, memang menarik. Kita akan kata kita bahagia. Namun itu tidak mungkin berlaku 100%. Mana mungkin berlaku di negeri yang penuh ujian untuk melayakkan seseorang ke sebuah negeri yang bahagia sentosa.

Kesan mengharap pada manusia ini menyebabkan si baik diharapkan berbuat lebih baik kepada pasangan atau rakan. Si isteri atau suami akan kecewa kalau si pasangan tidak menjadi baik dan lebih baik. Kebaikan yang ada kurang disyukuri. Mulalah mengomel:

“Dia nie tak nak masakkan untuk saya.”
“Dia tak nak tolong saya. Saya buat seorang.”
“Dia jarang bawa saya bercuti.”
“Dia kurang spend masa dengan saya.”
“Dia kurang spend masa dengan anak atau ibu bapa.”

Apakah asas perkataan di atas? Membandingkan. Apabila mula membandingkan dengan masakan mak, ciri si ayah, ciri suami lain, ciri isteri lain dan 1001 satu perbandingan yang tidak digazetkan dalam al-Quran dan as-Sunnah, bermulalah jejak iblis yang membandingkan dirinya lebih mulia kerana dicipta dari tanah. Tidak ada asas sama sekali tetapi itu mudah wujud apabila teras bukan kepada Pencipta.

Ia boleh membawa perbezaan dan pertengkaran. Apabila sudah jauh atau hilang, kurang kemas diterima. Kurang spend masa diterima. Kurang spend masa diterima. Kurang masakan diterima. Kerana lebih banyak masa boleh diguna untuk perkara lain. Sisi positif akan nampak dari jauh atau setelah tiada. Apabila dekat sahaja, tabiat lama datang kembali. Harapkan manusia itu berbuat itu dan ini.

Adakah biarkan sahaja?

Adakah biarkan sahaja kalau banyak yang ‘kurang’ diperhatikan atau tidak dibuat lagi?

Tidak.

Yang perlu diusahakan ialah melihat kepada tabiat yang ada dan alurkan kepada apa yang terbaik.

Secara asasnya, apa yang baik, berikan penghargaan. Penghargaan dalam bentuk pelbagai. Ia akan menyebabkan kita mudah berbincang dan peganglah pada perbincangan dan perancangan yang telah dibuat.

Kekadang apabila kita lihat seseorang sering di depan mata dan tidak berbuat apa-apa, kita sibuk mencari apa yang perlu dibuat. Ia wajar, namun bukan sebagai tabiat. Ia perlu dilaksanakan dengan mengkaji adakah benar-benar seseorang itu lapang atau beliau perlu berehat sebentar atau menyiapkan tugasan yang patut.

Kalau kita perlukan bantuan, cakap elok-elok, bukan dengan arahan. Arahan yang datang akan menyebabkan seseorang ingat ‘guntur dari langit’ yang datang tiba-tiba. Apabila dimulakan dengan ucapan sopan, kerja besar dianggap kecil.

Ia bermula dengan harapan

Semua apa yang dilaksanakan oleh manusia timbul kerana ada harapan. Harapan itu sentiasa bermain dalam minda manusia untuk menerima ganjaran. Ganjaran terbaik ialah dari Maha Pencipta. Harapan terbaik ialah pada Maha Pencipta. Kalau ia melibatkan sesama manusia, ada harapan dan ganjaran yang bukan bersifat mutlak. Apabila ia diletakkan sama mutlak atau lebih mutlak dari Maha Pencipta, ia mudah mewujudkan kecewa.

 

 

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Kalau ikut training atau baca buku yang banyak

Banyak pergi latihan? Kursus? Atau baca banyak buku? Pilih satu. Fokuskan. Ini cara untuk menjadikan seseorang itu efektif dan berkesan....

Close