Kehebatan itu apabila 1+1>2

“Adakah cara kalau saya tiada duit sekarang dan saya tanya pendapat awak, saya akan selesaikan isu duit saya dan awak juga dapat laksanakan apa yang awak inginkan lebih baik ?” tanya seorang peserta.

“Boleh tak kalau kelemahan yang ada pada diri saya dan kekuatan pada diri awak akan menjadikan keluarga kita bahagia?”

Dua perkara di atas akan melahirkan kehebatan. Tayar, steering dan beberapa bahan lain jika digabungkan pada tempat yang sesuai akan menatijahkan sebuah kereta Porshe. Porshe itu mempunya ciri yang hebat. Dalam pemikiran sistemik, ia dikaitkan dengan emergent properties.

Itu sebabnya, hebat bukanlah dengan 1+1 = 2. Malah tidak hebat jika 1+1 <2. Sebuah kehebatan ialah apabila 1+1>2.

Satu perkara yang amat lemah jika digabungkan dengan baik dengan entiti lain, maka ia akan menatijahkan kehebatan. Sepasang suami isteri mempunyai kelemahan dan kekuatan tersendiri. Jika ia digabungkan dengan baik hasil usaha bersama, ia akan menguatkan. Namun ada persoalan: mengapa ada juga pasangan yang tidak mampu bahagia setelah 20 tahun berkahwin? Tidak cukupkan kasih sayang  dan usaha untuk membahagiakan bersama?

Jika si suami mempunyai pilihan solusi pertama, dan si isteri mempunyai solusi kedua, cukupkah solusi ketiga hasil gabungan mereka ? Ada masa ia cukup. Tetapi banyak masa, ia tidak cukup.

Untuk mewujudkan kehebatan, ia perlu merujuk kepada Yang Maha Hebat. Ada solusi keempat. Solusi ke-4 ini yang boleh memberi kehebatan kepada kita.

Moga Allah sentiasa membantu kita melaksanakan perkara hebat dalam kehidupan.

Artikel ini ialah sebahagian kandungan program The 4th Alternative. Butiran boleh diperoleh di sini http://www.facebook.com/events/221070464651315/

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Berapa lama harus menunggu

Soalan: Apabila kita ada OS, berapa lama kita perlu 'push' untuk memastikan OS itu akan dilaksanakan ? Bukankah ada kes

Close