Jika kawan asyik buat silap

S: Bagaimana pula kalau ada yang berbuat silap ? Tidak perform atau tidak seperti mana kualiti yang kita harapkan ?

J: Manusia hamba. Buat silap. Kalau silap yang dipelajari, itu diterima. Tetapi kalau silap yang tidak dipelajari dalam bentuk sistem, pilihan itu perlu disemak. Sistem itu melibatkan MS, YS, OS dan HS. Pelajaran itu hasil rahmat dari Allah.

Jawapan panjang:

Dalam kehidupan seharian, kita ada perkara yang ingin dilaksanakan. Ada masalah yang perlu diselesaikan. Ada perkara baru atau projek besar untuk diselesaikan.

Bagi menghadapi semua perkara ini, kita akan meminta bantuan banyak pihak. Apabila A sudah bersama B untuk melaksanakan sesuatu kerja, cabaran seterusnya ialah apa jadi kalau B tidak buat seperti mana yang diharapkan.

Jika dikira secara ringkas, B boleh sahaja dipisahkan atau dikeluarkan dari projek tersebut. Namun soalan berikut perlu ditanyakan:

  1. Jika saya ganti dengan orang lain, adalah lebih bagus?
  2. Jika saya beri peluang pada dia lagi, baguskah ?
  3. Berapa banyak peluang yang perlu diberikan ?
  4. Jika saya ganti dengan orang lain, berapa lama saya perlu latih sehingga orang baru nanti boleh berbuat seperti apa yang saya inginkan.

Dalam kaedah di atas, sebenarnya teruskan atau ganti B perlu dianalisa menggunakan kekuatan diri – my solution. Dalam masa yang sama, perlu dibincang dengan B – mencari your solution.  Kalau ia dapat dilaksanakan, ia akan membawa kepada our solution. Yang pasti, His solution diperlukan untuk membantu kita dalam membuat keputusan. Ini akan memberi nafas lega kepada kita atas apa-apa yang berlaku selepas itu.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Kehebatan itu apabila 1+1>2

"Adakah cara kalau saya tiada duit sekarang dan saya tanya pendapat awak, saya akan selesaikan isu duit saya dan awak

Close