Bergaduh dengan kawan di depan Allah

“Kau yang suruh aku buat”
“Aku tak de kuasa pun kat kau. Aku cadang je. Kau ikut…” (Surah Ibrahim 14:22)

Dalam siri lain:

“Kau catat amalan aku melampau. Tak beri chance sikit pun”
“Tetapi dialah yang jauh sesat.” (Surah Qaf 50:27)

Di manakah mungkin berlaku dialog tersebut? Di depan Allah.

Lantas Allah mengingatkan :

“Jangan bergaduh di depanKu..” (Qaf 50:28)

Banyak sungguh ayat dalam al-Quran menceritakan pertelingkahan yang berlaku di kalangan kawan atau yang rapat dengan kita di akhirat nanti. Ini menceritakan bahawa kita perlu berhati-hati dengan yang rapat dengan kita di kalangan malaikat, jin dan manusia.

Kalau dengan malaikat, malulah kita untuk membuat dosa. Kerana mereka mencatat penuh adil.

Kalau dengan syaitan atau iblis, mereka akan sentiasa meniup dan memberi cadangan buruk. Tidak ada yang baik. Hatta yang nampak baik pun sebenarnya buruk. Berjaga-jagalah kerana mereka berlepas tangan.

Kalau dengan kawan dan orang di sekeliling kita ? Kalau dia wakil malaikat, dengarilah. Kalau dia wakil syaitan, ucapkan a’u zubillahi minasy syaitannir rajeem. Jauh-jauhkan dari mereka. Barulah kita akan selamat. Dan tidak bergaduh di hadapan Allah.

Facebook Comments:

6 thoughts on “Bergaduh dengan kawan di depan Allah

  • January 29, 2009 at 10:58 pm
    Permalink

    “Kalau dengan kawan dan orang di sekeliling kita ? Kalau dia wakil malaikat, dengarilah. Kalau dia wakil syaitan, ucapkan a’u zubillahi minasy syaitannir rajeem. Jauh-jauhkan dari mereka. Barulah kita akan selamat. Dan tidak bergaduh di hadapan Allah.”

    macam mana la nk jadikan kwan ‘wakil syaitan’ ni kpd ‘wakil malaikat’ kn.
    diri sendiri wakil apa pun masih xjelas kelihatan lg
    =s

    Reply
    • January 29, 2009 at 11:12 pm
      Permalink

      macam mana nak jadikan kawan ‘wakil syaitan’ kepada ‘wakil malaikat’ – kena ingatkan dia selalu apa yang baik untuk laksanakan.

      diri sendiri tak jelas? kalau kita selesa dengan kebaikan, malaikat menemani kita. kalau tak selesa kepada kebaikan, ada tempias dari whisper from evil. allahu a’lam

      Reply
  • January 30, 2009 at 9:51 pm
    Permalink

    Teringat pula jalan alternatif untuk menjalankan dakwah, ada yg ‘wakil malaikat’ berlakon jd ‘wakil syaitan’. Tidak kurang juga ‘wakil syaitan’ berlagak dengan gayanya berlakon seolah2 dialah ketua tok wakil malaikat untuk menjalankan misi dakyahnya menyesatkan umat manusia.

    Kesimpulannya, berjaga-jagalah agar tidak dipengaruhi oleh anasir jahat dan dalam masa yg sama menjadi seorang yang mampu memberi pengaruh positif kepada org lain…

    -sekian-

    Reply
  • January 31, 2009 at 12:23 am
    Permalink

    Hmmm…byk benda kita tahu, tapi sket yg kita beri perhatian..

    So, rasanya kena rangka plan utk berubah..
    Apa yg terfikir> Kena berlatih sentiasa ingat pada Allah melalui byk istighfar dan berzikir> bykkan baca quran> jaga solat awal waktu (sebaiknya di masjid)> kena pilih kawan yg betul> baca buku2 agama> berdoa dan bertawakkal..

    Akan ada masa naik dan turun, kita berusaha supaya turunnya kita still dalam rahmat dan maghfiratuLlah

    Wallahu a’lam…

    Reply
  • January 31, 2009 at 5:04 pm
    Permalink

    sebelum kita membuat keputusan, maka eloklah kita fikir baik buruk tindakan yang kita akan ambil itu. Kadang-kadang, kita tidak lari dari memakan hasutan syaitan yg sentiasa ingin menyesatkan kita di atas muka bumi Allah.

    Selain itu, kita juga perlu menunjukkan peribadi yg mulia supaya dpt menjadi contoh kpd rakan2 yg lain. Walupun nampak simple, tetapi percayalah bahawa peribadi kita yg baik mungkin dpt menyelamatkan org yg berada di sekeliling kita.

    Reply
  • February 2, 2009 at 5:26 pm
    Permalink

    Kena duduk dalam suasana yg baik..

    Kalau tak ada suasana yg baik mcm mana?

    Kena jadi agen pengubah untuk membentuk suasana baik.

    Anda mampu mengubahnya..

    kan slalu kuar tv camtu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Ingin manis al-Quran?

Dari Ibn Qoiyim dalam al-Fawaid: If you want to benefit from the Quran, you must concentrate and devote your heart

Close