Koleksi ST-GalleryPOTENSI

Dulu, Sekarang dan Masa Depan

Sumpah Tuhan terhadap masa itu menjadi satu penekanan yang cukup utuh dan seharusnya di ambil secara serius oleh kita semua. Secara amnya, kita mengetahui bahawa masa itu sangat penting bagi seseorang itu. Masa itu merupakan duit bagi seorang peniaga atau usahawan, masa itu emas bagi pelajar dan lain lain lagi definisi masa mengikut keadaan atau pun kondisi seseorang itu. Namun yang demikian, masa merupakan aset yang cukup penting di dalam kehidupan. Tanpa masa, tiadalah manusia itu bergerak, tiada masa maka tiada kehidupan. Apakah ertinya masa terhadap kehidupan? Firman Tuhan di dalam surah Al-Lail ayat 1 hingga 3 yang bermaksud;

 

“Demi malam apabila menutupi siang. Demi siang apabila terang benderang…”

 

Begitulah sebenarnya hakikat kehidupan yang dihadapai oleh semua makhluk. Kebijaksanaan dan Kebesaran serta sifat-sifat yang layak bagi Tuhan di dalam menciptakan sesuatu itu cukup tinggi hikmahnya sehinggakan tiada satu pun manusia atau makhluk lain dapat memikir akan kebaikannya.

 

Persoalan yang harus menjadi perkara yang pertama kita renungkan ialah mengapa Tuhan bersumpah terhadap masa ini? Mengapa Tuhan perlu bersumpah terhadapnya? dan mengapa kita perlu mengambil serius mengenainya?

 

Masa Lalu, Masa Kini dan Masa Depan  (Past, Present, Future)

 

Masa adalah bersifat linear dan tidak akan berpatah arah dan boleh digambarkan seperti aliran air sungai yang deras, mengalir dari hulu hingga ke hilir. Masa adalah mustahil dan tidak akan berlaku untuk berpatah balik. Masa yang diibaratkan seperti pedang oleh ahli sastera Arab yang mana jika kita tidak memotong masa, maka kita akan dipotongnya. Begitulah hakikatnya masa yang sebenarnya sangat tajam dan cukup beharga bagi mereka yang benar-benar menghayatinya.

 

 

 

Back To The Future

Ingatkah anda terdapat satu cerita fiksyen yang agak menarik  dan popular pada suatu musim dahulu untuk kita berkongsi dan melihat apa yang di lakonkan di dalam cerita tersebut. Cerita tersebut menceritakan bahawa terdapat seorang saintis yang bijak dapat mencipta satu mesin masa yang dapat digunakan untuk kembali pada masa lepas atau masa depan. Saintis tersebut telah merancang untuk mengujinya bersama-sama dengan anak buahnya, Alex.

 

Semasa mesin itu hendak diuji, mereka tidak menyedari bahawa mereka berdua sedang diperhatikan oleh penjenayah yang merancang untuk mencuri ciptaan mereka dan akhirnya saintis tersebut telah terbunuh dan yang menguji alat tersebut ialah Alex, lalu telah pergi mengembara merentasi masa ke zaman dahulu iaitu pada zaman ayah dan ibunya sedang bercinta.

 

Diringkaskan cerita, setelah Alex berada pada zaman tersebut, dia telah melakukan banyak perubahan pada zaman itu lalu memberi kesan yang pada zaman hadapan, sehinggakan dia memberi amaran awal pada saintis yang menciptakan mesin tersebut pada tarikh dan tahun yang dia di bunuh memakai pakaian kalis peluru dan setelah dia kembali semula ke zamannya, saintis tersebut menunjukkan surat amaran yang diberikan oleh Alex dahulu.

 

Tidaklah saya berminat untuk menceritakan cerita fiksyen ini secara terperinci, tetapi apa pengajaran serta penghayatan yang dapat di ambil dari cerita tersebut. Realiti di dunia ini sebenarnya tidaklah sama seperti apa yang diceritakan di dalam cerita tersebut. Konsep masa lalu tidak dapat diubah, dan ianya akan berlalu begitu sahaja tanpa menunggu kita dan konsep masa lalu akan menjadi sejarah, manakala masa kini ialah masa yang perlu ditempuhi dan dilaksanakan dan masa depan merupakan masa yang perlu dirancang.

 

Konsep masa yang di kategorikan ini sebenarnya memberikan kita satu  panduan untuk kita memperlihatkan semula secara menyeluruh berkenaan apa yang telah kita lalui dengan masa.

 

Masa lalu atau sejarah

Masa lepas yang telah meninggalkan kita hanya dapat diperhatikan dengan menganalisis segala apa yang telah berlaku samada dengan kenangan atau lain-lain cara. Masa ini seharusnya di lalui dengan muhasabah atau taubat kerana ianya boleh menuju kepada kemajuan serta pembaikian.

 

Masa Kini

Segala yang berlaku kini atau sekarang adalah perkara yang nyata atau ‘real’. Apa yang dihadapi perlu di tempuhi dengan bijaksana serta membuat keputusan menepati kehendak semasa.

 

Masa Depan

Satu perkara yang tidak dapat dibayangkan lagi melalui kekuatan fizikal, IQ serta yang lain-lain. Masa hadadpan merupakan satu ruang masa yang masih bersifat subjektif dan tidak dapat di laksanakan kerana dimensi masa tersebut masih belum tiba. Perkara yang hanya dapat di lakukan oleh manusia ialah merancang dan berserah. Bagi orang-orang yang beriman (berugama Islam) keyakinan terhadap Qada dan Qadar Tuhan perlu di yakini ke
rana ketentuan dariNya adalah sesuatu yang sukar untuk dibayangkan oleh akal manusia. Begitu juga konsep tawakkal, yang seharusnya menjadi pokok di dalam menghadapi masa depan.

 

Taubat Seorang Hamba

Konsep yang dapat kita lihat mengenai masa lalu, masa kini dan masa depan ialah dengan melihat satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah. Kisah ini ada berkait rapat dengan tempoh masa yang Tuhan tetapkan. Mari kita baca dan hayati cerita ini dan cuba gambarkan cerita tersebut di dalam bayangan minda kita dan cuba kita kaitkan dengan dimensi masa lalu, masa kini dan masa depan.

 

Pada suatu hari Umar masuk kepada Nabi Muhammad sambil menangis, maka ditanya: Ya Umar mengapa kau menangis? Jawabnya: Ya Rasulullah di muka pintu ini ada seorang pemuda telah membakar hatiku sambil menangis. Rasulullah pun meminta Umar membawa pemuda tersebut dating berjumpa dengan Rasulullah dan ditanya Rasulullah kepada pemuda tersebut; Wahai pemuda apakah yang menyebabkan kamu menangis? Jawabnya: Ya Rasulullah saya menangis kerana dosa-dosaku banyak sedang saya takut kepada Tuhan yang Maha Perkasa sedang murka kepadaku. Rasulullah bertanya: Apakah kamu mempersekutukan Allah hai pemuda? Jawabnya: Tidak. Apakah kau membunuh jiwa tanpa hak? Jawabnya: Tidak. Sabda Rasulullah : Maka Allah akan mengampunkan dosamu walaupun sebesar tujuh petala langit, bumi dan buki-bukit. Berkata pemuda tersebut: Ya Rasulullah, dosaku lebih besar dari langit, bumi dan bukit-bukit. Rasulullah bertanya: Adakah dosa mu lebih besar atau alkursi? Jawabnya: Ya, sangat besar. Rasulullah bersabda: Sesungguhnya ampunan Allah lebih besar dan sesungguhnya tidak dapat mengampunkan dosa besar kecuali Allah yang Maha Besar, Yang Besar maaf dan keampunannya. Hai pemuda beritakan kepadaku apakah dosamu itu?Jawabnya: Saya malu dari engkau ya Rasulullah. Rasulullah menekankan lagi: Khabarkan apakah dosamu itu? Jawabnya: Ya Rasulullah, saya tukang gali kubur sejak tujuh tahun, dan pada suatu hari saya menggali kubur gadis Ansar dan setelah saya telanjangi kafannya, saya tinggalkannya, tetapi tidak jauh bangkit hawa nafsuku, maka saya kembali dan menyetubuhi mayat gadis itu hingga puas lalu saya tinggalkan sebelum jauh, tiba-tiba gadis itu bangkit dan berkata kepadaku: Celaka wahai pemuda, tidakkah kamu berasa malu dari Tuhan yang akan membalas pada hari pembalasan kelak, bila tiba masanya tiap orang zalim akan dituntut oleh orang yang dianiaya, kau biarkan saya telanjang dan kau hadapkan aku di hadapan Allah sebagai keadaan junub. Rasulullah mendengar keterangan itu segera bangkit bagaikan terdorong dari belakang, sambil berkata: Hai fasik alangkah layaknya engkau masuk neraka, keluarlah! Maka keluarlah pemuda itu bertaubat kepada Allah selama empat puluh hari dan pada malam ke empat puluh ia melihat ke langit sambil berdoa: Ya Tuhannya nabi Muhammad, nabi Adam dan ibu Hawa, jika Engkau mengampunkan aku maka beritahulah kepada Muhammad dan sahabat-sahabatnya, jika tidak kirimkanlah kepadaku api dari langit dan bakarlah aku di dunia ini dan selamatkan aku dari siksa akhirat. Maka turunlah Jibrail kepada Muhammad dan setelah memberi salam ia berkata: Ya Muhammad, Tuhanmu memberi salam kepadamu. Jawab baginda: Dialah assalam dan daripadanya salam dan kepadaNya segala keselamatan. Jibrail bertanya: Adakah kau menjadikan makhluk? Jawab baginda: Bahkan Allah menjadikan aku dan semua makhluk. Lalu ditanya lagi Jibril kepada Muhammad: Adakah kau memberi taubat kepadaku dan kepada makhluk yang lain? Lalu Jibril berkata: Allah berfirman: Maafkanlah hambaku itu kerana Aku telah memaafkan padanya. Maka Muhammad segera memanggil pemuda itu dan memberitahu padanya bahwa Allah telah memberi taubat kepadanya dan memaafkannya.     

 

Cerita yang disampaikan ini mempunyai penerangan tentang konsep masa, iaitu masa lepas, masa sekarang dan masa depan.

 

Masa Lepas

 

Kaitan yang dapat di ungkapkan di sini ialah, pemuda tersebut telah melakukan perkara yang tidak baik semasa masa yang lalu. Pemuda itu tidak melihat pada masa itu, ianya adalah masa yang dikurniakan tetapi pemuda tersebut telah melakukan sesuatu yang cukup berdosa. Pada masa lalunya, pemuda tersebut telah melaukan zina dengan seorang wanita yang sudah mati! Perkara tersebut di anggap sangat zalim dan tidak siuman kerana nafsu telah menguasai dirinya dan pemuda tersebut tidak dapat berbuat satu penilaian yang waras lalu akhirnya melakukan dosa. Masa lalu telah berlalu dan pemuda tersebut tidak dapat kembali ke masa lalu untuk memperbaiki dirinya. Namun yang demikian, masa tetap berlalu dan pemuda tersebut mengambil langkah memencilkan diri. Ini berikutan masa yang lepas tidak dapat dikembalikan untuk diperbaiki.

 

Masa Kini

 

Perkara yang dilakukan oleh pemuda tersebut selepas berjumpa dengan Rasulullah ialah memencilkan diri di kawasan yang agak terpencil dan berjauhan dengan Rasulullah. Ini kerana malu dan rasa berdosanya pemuda tersebut dengan perbuatannya yang lalu. Apa yang di lalui oleh pemuda tersebut terhadap masa kini ialah bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Inilah usaha yang dilakukan oleh pemuda tersebut terhadap masa yang yang diperolehinya kini. Pemuda tersebut mengadap dan berdoa kepada Tuhan supaya segala dosanya dapat diampunkan dan juga dia diterima semula oleh Rasulullah dan kaumnya. 

 

Masa Depan

 

Ketabahan serta kesungguhan pemuda tersebut untuk mengharapkan keampunan daripada Tuhan dan penerimaan masyarakatnya telah membuahkan hasil setelah pemuda tesebut berhadapan dengan masa yang agak lama. Tuhan memberitahu kepada Muhammad berkenaan dengan pengampunanNya terhadap pemuda tersebut. Khabar gembira yang ingin disampaikan oleh Muhammad kepada pemuda tersebut telah membuatkan Muhammad tidak mahu menangguh masa untuk memberitahu akan perkara itu kepada pemuda itu.

 

Perkara di masa hadapan merupkan perkara yang tidak dapat kita jangkakan dan dibentuk. Namun di atas usaha serta pengharapan yang benar-benar pasrah akan memberikan satu keadaan yang tidak dapat dijangkakan bagi manusia yang lemah
dengan perkara yang akan dating. Pemuda tersebut pada mulanya telah melakukan dosa pada masa lalunya, berusaha memohon keampunan dari Tuhan dan akhirnya tanpa disangka-sangka dosa pemuda tersebut telah di ampunkan Tuhan kerana tekad serta kesungguhannya di dalam mengharungi masa lalu, kini dan masa depan.

 

Rentetan dari cerita tersebut sebenarnya menerangkan tentang konsep masa; masa lalu, masa kini dan masa hadapan. Masa lalu sebenarnya sejarah buat seseorang dan memang mustahil untuk diubah dengan kudrat manusia yang tidak mampu berbuat apa-apa. Masa kini ialah dengan menggunakan kesempatan dan peluang yang ada sebaik dan semaksima mungkin supaya dapat menilai dan muhasabah masa lalu dan menghitung masa hadapan yang tidak dapat digamba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Kejutan batin buat mereka yang bergelar pemuda

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. yang telah banyak memberi peluang dan ruang kepada kita sejak dari lahir di muka...

Close