Membangunkan Potensi Diri Pada Jalan Yang Salah – 1

Ramai manusia di dunia ini inginkan kepada kebolehan (skill) yang tinggi, hebat dan berkualiti. Maka, tidak hairanlah pada hari ini, ramai orang bertungkus lumus melengkapkan diri dengan kebolehan (skills) yang perlbagai untuk memastikan diri mereka sesuai dengan kehendak semasa. Ledakan era IT contohnya,  manusia di seluruh dunia sibuk berusaha untuk melenyapkan ’buta-IT’ bagi memastikan mereka selari dengan perubahan global. 

Dahulunya, dunia perniagaan atau servis, hanya dilakukan secara manual dan secara kabel, tetapi kini secara automatik dan tanpa wayar (wireless). Hal ini menjadikan dunia seolah-olah berjalan dengan ’pantas’ dan tiada lagi istilah tidak ada informasi atau maklumat. Semua perkara dan urusan sudah diterjemahkan di dalam unit digital dan serba canggih. 

Sehubungan dengan itu, banyak negara dan rakyat berusaha menyesuaikan diri mereka untuk sentiasa ’kehadapan’ dan tidak ketinggalan zaman dalam meletakkan tahap pengusaaan ’skills’ tersebut di mata dunia. Ianya dianggap penting dan sangat diperlukan bagi menghasilkan tenaga kerja yang benar-benar berkualiti. 

Persoalannya, adakah manusia yang ada pada hari ini membangkitkan ’skills’ atau kebolehan itu dalam kata erti yang sebenarnya? Apakah bentuk potensi yang dibangunkan itu? Dan kemanakah potensi itu digunakan? Apakah potensi itu benar-benar dibangunkan secara menyeluruh menurut fitrah kejadian manusia itu? 

Persoalan-persoalan ini penting untuk difahami dan dihayati oleh semua manusia kerana khuatir jika ianya disalah tafsir dan salah penggunaannya, maka kemusnahan serta kehancuran pasti akan berlaku dengan meluas di muka bumi ini. Sebagai contoh, pada tahun 1945, negara Jepun di bom dengan ledakan radioaktif yang berjejari 3,000 meter dengan kederasan memusnah 500-1,000 batu sejam. Kesannya,  ramai rakyat jepun mati akibat radiasi. Mengapa hal ini berlaku?

Bagaimana bom atom mampu diciptakan? Bukankah ianya kesan dari pembangunan potensi dalam diri manusia? Manusia mampu membangunkan kecerdasan inteleknya untuk mencipta perkara-perkara baru dalam kehidupan seharian mereka. Lalu, ianya akan memudahkan urusan dan aktiviti manusia itu sendiri. Tetapi jika pembangunan potensi itu diletakkan pada jalan yang bersifat memusnah dan ia dianggap satu pembangunan potensi yang amat baik untuk pembangunan negara dan rakyat jelata, maka ia adalah pembangunan potensi manusia yang salah.

 
Adakah anda bersetuju jika pembangunan potensi manusia itu digunakan untuk melakukan kerosakan dan kemusnahan? Sudah pasti jawapannya ialah ’TIDAK’. Mengapa jawapannya tidak? Sudah tentu manusia tidak mahu mengalamai kemudaratan dan kemelaratan. Inilah fitrah manusia. Mereka mahukan kedamaian dan ketenteraman. Bukannya kemusnahan dan kehancuran.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Aku rindu

Aku rindu bumi US  Aku rindu Aku rindu Rindu pada Hamza Yusuf Imam Mokhtar Rindu pada Bro Arab yang sentiasa...

Close