Sejauh mana perlu mencapai ‘OS’

S: Sejauh mana perlu berkasih sayang sesama manusia dan seagama dalam mencapai OS?

J: Apabila kita ingin mencapai our solution, ia perlu merujuk kepada legasi kita. Kalau legasi kita terbatas kepada aspek PIE sahaja, ia akan menyebabkan usaha untuk mencapai OS juga terhad.

Jawapan panjang:

Legasi perlu bersifat S

Tetapi kalau legasi itu untuk mencapai legasi S yang akan dimanifestasikan dalam kehidupan berbentuk fizikal, intelek atau emosi, maka OS nanti memang tiada hadnya. Anda akan menjadi amat kreatif untuk mencapai OS kerana pilihan yang diberikan nanti akan mencapai peringkat tanpa had.

Interdependence

Dalam istilah Stephen R Covey, beliau menggunakan perkataan: interdependence. Apabila seseorang itu dependence, ia akan amat bergantung kepada individu atau item. Kalau ia independence, ia akan menyebabkan beliau tidak kisah kepada orang sekeliling. Seorang yang matang akan melaksanakan interdependence di mana pada bila-bila masa ia boleh disconnect daripada manusia atau item harta, dan dalam masa yang sama ia akan cuba untuk berhubung bagi mencapai target lebih tinggi dalam kehidupan.

Kesan legasi itu untuk S

Jika legasi itu berbentuk S, ia akan kreatif, aman dan menyembuhkan apa sahaja di atas muka bumi ini dengan tindakan yang praktikal dan adil. Sebagai contoh, kalau legasinya ialah untuk meninggalkan yayasan untuk memberi makan kepada manusia, A perlu bertindak keras untuk mencapai sasarannya. Kalau ada sesiapa sahaja yang dijumpai, beliau akan berhubung untuk mencapai OS agar dapat membina legasinya. Dalam masa yang sama, kalau ada manusia yang tidak mahu menolongnya memberi makan serta membina yayasan itu secara fizikal, A akan boleh mendapatkan bantuan intelek, emosi atau spiritual:

  • Intelek: dapatkan idea bagaimana untuk membina pelbagai keperluan ke arah penubuhan yayasan atau
  • Emosi: dapatkan rakan kenalan atau sokongan serta semangat kawan A yang berusaha keras dalam lapangan lain atau
  • Spiritual: doa dari individu itu agar projek beliau membina yayasan berjaya dan dapat pahala berpanjangan.

Jadi dengan legasi S, A akan sentiasa terbuka dan ingin mencapai OS dalam apa jua kapasiti yang mampu. Namun kalau tujuan legasi A hanyalah duit, maka kawan A dianggap tidak bermanfaat dalam membina OS.

Siapa yang berkerjasama membina OS ?

Samada ahli keluarga, kawan, rakan kelas, kawan satu surau atau kawan berlainan agama, ia amat diperlukan untuk menjayakan usaha membina legasi. Membina legasi bukan sekadar perlukan idea ‘Islamik’ sahaja, tetapi perlukan bantuan nasihat kereta, rumah, duit dan sebagainya. Semua ini boleh diperoleh dari sumber orang Islam atau tidak. Asalkan ingin membina legasi spiritual seperti sedekah jariah, ilmu bermanfaat atau anak soleh yang mendoakannya, kita memerlukan ramai manusia yang ada di atas muka bumi ini.

OS bukan lagi pilihan, tetapi perlu dibanyakkan untuk memastikan keseriusan kita membina legasi nun sampai ke syurga menjadi realiti.

 

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Jika kawan asyik buat silap

S: Bagaimana pula kalau ada yang berbuat silap ? Tidak perform atau tidak seperti mana kualiti yang kita harapkan ? J:

Close