OS dicapai dengan agama lain?

S: Dengan individu beragama lain, perlukah mencari OS? Bolehkah HS dicapai ?
J: OS boleh dicapai bersama individu beragama lain. HS dapat dicapai pada bila-bila dicapai kalau kita individu Muslim yang menyerah pada Tuhan yang memulakan usaha untuk mencapai OS dan HS.

Jawapan panjang:

Apabila kita mempunai legasi spiritual, itu tidak bermaksud bahawa kita akan menjadikan semua orang Islam. Kalau itulah misi orang Islam, sudah tentu Allah akan menjadikan semua manusia itu Islam. Misi manusia ialah menyebarkan rahmat ke seluruh alam sebagaimana yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad.

Bagaimana menyebarkan rahmat ?

Rahmat dari Allah. Tentulah perlu merujuk kepada Yang Maha Berkuasa dan Maha Pemberi Rahmat. Kaedahnya ialah dengan membina legasi secara fizikal, intelek atau emosi berteraskan spiritual yang benar dan mantap. Spiritual ini bukan sahaja pengalaman peribadi, tetapi ia perlu diterjemahkan kepada pengalaman sistem kehidupan.

Allah Maha Pemberi Rezeki, maka kita bina sistem agar rezeki itu dapat disebarkan dengan baik ke dalam komuniti masyarakat. Allah Maha Berilmu, maka kita boleh bina legasi agar manusia mendapat akses kepada ilmu. Allah Maha Suci, kita boleh bina legasi agar sistem kehidupan sosial bersih secara fizikal, intelek mahupun spiritual.

Apabila pelbagai agama mendapat faedah legasi spiritual

Apabila semua orang pelbagai agama mendapat faedah dari legasi spiritual yang dibina, orang akan rasa rendah diri kepada Pemberi Legasi tersebut. Orang akan memperoleh tamadun yang berasaskan kebenaran dan kembali pada Tuhan – tanpa zalim, kerosakan dan tidak adil.

Apabila dunia dipenuhi dengan orang yang menunjukkan akhlak mulia, itulah mesej kepada sesiapa yang masih belum percaya kepada Tuhan Yang Satu. Kebaikan yang tersebar di seluruh dunia itu akan menjadi ketenangan kepada sesiapa yang mendapatkannya. Ia tidak mungkin diperoleh di peringkat individu tanpa menyerah kepada Tuhan Yang Satu.

Bukan jadikan setiap orang Islam, tetapi jadikan semua mendapat manfaat Islam

Misi OS bukan untuk menjadikan semua orang Islam. Ini akan membawa kepada MS atau YS – membuktikan saya betul atau awak betul. Kaedah OS hanya untuk mendapat manfaat jangka masa pendek. Kaedah HS ialah dengan OS yang berjangka panjang dan akan bahagia hingga ke syurga. Manfaat dan kebaikan itu akan tersebar sehingga semua orang dapat rasa ruh Islam itu sendiri dalam hidup, bukan sekadar memeluk agama Islam. 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Sejauh mana perlu mencapai ‘OS’

S: Sejauh mana perlu berkasih sayang sesama manusia dan seagama dalam mencapai OS? J: Apabila kita ingin mencapai our solution, ia

Close