Berapa lama harus menunggu

Soalan: Apabila kita ada OS, berapa lama kita perlu ‘push’ untuk memastikan OS itu akan dilaksanakan ? Bukankah ada kes di mana setelah ada OS, ia tidak menjadi juga.
Jawapan pendek: Istikharah penting dalam mencapai OS. Kalau tidak sempat dengan bersolat, tanyalah Tuhan dengan detik hati.

Jawapan panjang ?

Dalam membina kejayaan, kita akan berusaha untuk mengenal sumber lain yang boleh membantu kita membina kejayaan lebih besar. Kalau ingin membina bisnes, kita perlukan duit modal. Kalau tiada modal, kita ingin gunakan modal intelek dari segi ilmu atau modal emosi/ sosial kita dengan merujuk kepada pelbagai jaringan kita yang ada agar idea bisnes yang ada dapat dilaksanakan.

Semua sumber luar itu perlukan usaha untuk dihubungi. Berhubung atau connect kepada YS amat penting. Hasil dari YS boleh membawa kepada OS – Our Solution yang akan bersifat lebih produktif dan lebih berjaya.

Setelah mengesetkan masa perjumpaan, borak-borak, makan-makan dan bermesyuarat serta merancang apa yang perlu dilaksanakan, masa pelaksanaan pun bermula. Seminggu. Dua minggu. Tiga minggu. Kerja dan perancangan masih tidak menjadi-jadi. Apabila berjanji dengan seseorang, ada banyak cabaran dan masalah yang melanda menyebabkan janji dan perancangan tadi tidak mampu dipenuhi dengan baik.

Berapa lama harus menunggu ?

Pada waktu ini, HS diperlukan. HS diperlukan pada peringkat awal, tengah dan hujung dalam melaksanakan sesuatu projek atau legasi kejayaan.

Akses kepada HS di peringkat manusiawi ialah dengan melihat kepada masa dan pelan tindakan. Ia dapat disimpulkan pada aspek timeline.

Membina timeline

Apabila kita sudah merancang timeline, komitmen kedua-dua belah pihak ialah untuk mematuhinya. Jika pada perjanjian pertama, ia tidak dipatuhi, maka sesuatu perlu diberi perhatian.

Katakan A membina timeline bersama B. B tidak dapat memenuji janji.

Perhatian 1: Adakah B menyatakan ‘maaf saya tidak dapat datang. Ada hal emergency’ sebelum masa janji tersebut.

Perhatian 2: Adakah B berusaha untuk membina semula masa lain untuk melaksanakan apa yang sudah dijanjikan

Antara perkara yang tidak sepatutnya berlaku dan ALARM perlu dinyalakan:

Alarm 1: B tidak pun memberi mesej atau berkomunikasi sebelum janji itu ditunda atau dibatalkan.

Alarm 2: B tidak pun memulakan apa-apa inisiatif untuk menggantikan janji yang tertunda.

Sebagai A, menghukum bukanlah cara yang terbaik. Namun ini adalah benchmark untuk melihat sejauh mana OS ini dapat dibina semula. Kerana kita tidak tahu HS tetapi yakin bahawa HS amat penting, boleh perhatikan kepada alternatif lain. Bagaimana ?

Mulakan semula cycle MS, YS dan OS.

Jika B menyatakan saya tidak berminat lagi, ia boleh menjadi mesej. Namun kalau ia kesal dan ingin mencuba lagi, terpulang kepada constraint yang ada pada A. Kalau A tidak ada masa atau dirasakan ia akan memudaratkan orang lain (terutama jika A menjadi ketua dan perlu bersifat adil), maka meletakkan B pada list paling bawah dalam menyiapkan sesuatu projek amat wajar.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Siapa rakan untuk kita mencari alternatif ke-3 dan langsung ke-4?

S:Apabila kita ada MS, dengan siapa perlu kita perlu mencari YS untuk ke arah OS? Atau hanya tunggu? Atau usaha

Close