Ramai ke Ingin Jadi Ayah Seperti Pokya Cong Codei?


.
Baru-baru ini saya mengikuti temuramah akhbar Sinar bersama seorang pelawak yang amat dekat dengan diri saya masa kecil. Beliau ialah Sabri Yunus – kini dikenali sebagai Pokya Cong Codei. Saya ambil kesempatan untuk mendengar temuramahnya di FB Live. Amat menarik – satu perjuangan budaya dan nilai baik walaupun perlu berentap dengan filem komersil.
.
Pokya Cong Codei ini mengisahkan seorang ayah atau suami yang garang. Namun ada prinsip dalam kehidupan. Cong Codei ini dikaitkan dengan cara sebut hotel Concorde.
.
Antara perkataan yang menarik beliau kongsikan,
.
“Kalu aku nak kutik ambik tahu seremo masaloh ore, baik aku jadi meteri”
.
Pokya adalah lambang seorang ayah zaman dulu – yang mungkin sedikit berbeza dengan ayah zaman sekarang dengan program keibubapaan di mana-mana.
.
Bagaimana Quran menyuluh aspek kebapaan? Pentingkah?
.
Rupa-rupanya antara dialog si bapa dengan anak dan dialog ibu dengan si anak, banyak lagi dialog si bapa dengan si anak. Ada dialog Nabi Ibrahim, Nabi Zakaria, Nabi Yaakub, Luqman dan banyak lagi bersama si anak.
.
Antara ayat berkaitan Luqman ialah:
.
“Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa dia memberi nasihat kepadanya: Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. “(Surah Luqman 31:13)
.
Nampak daripada ayat di atas dan banyak ayat sepanjang Quran, dialog ayah diberi perhatian. Dialog ibu sudah fitrah dengan si anak kerana si ibu melahirkan kita semua. Figur ayah amat penting dalam Quran.
.
Bagaimana menjadi seorang ayah – agar mampu untuk menunjukkan bahasa cinta? Adakah gaya Pokya Cong Codei salah ?
.
Tidak semestinya. Menurut Gary Chapman, ada 5 bahasa cinta yang boleh diamalkan:
.
1. Perkataan – bercakap dengan si anak untuk menyampaikan kasih cinta
2. Khidmat pertolongan – membantu si anak juga menandakan kasih sayang
3. Hadiah – menyampaikan hadiah dari semasa ke semasa
4. Masa berkualiti – menggunakan masa bercuti atau keluar bersama
5. Sentuhan fizikal – pegang tangan, cium dan sebagainya
.
Saya kuat pada bahagian 1. Bahasa 2-5 saya lemah, namun saya perlu belajar kerana ia ada kaitan dengan bahasa cinta anak saya.
.
Sebagai contoh, Sarah ada bahasa 3 yang kuat. Jadi saya perlu beri hadiah walaupun sebiji donut untuk menunjukkan bahasa cinta pada Sarah.
.
Nasihat Luqman boleh dinyatakan dalam bentuk perkataan formal, menolong si anak untuk menjelaskan konsep jangan syirik atau pelbagai kaedah lagi bagi menyampaikan pesan penting dalam Surah Luqman. Saya juga perlu kenal bahasa cinta anak saya agar ia selesa apabila berinteraksi dengan saya.
.
Pengajarannya:
.
–Berdialog dengan anak itu penting. Dalam masa yang sama, ada kekurangan dan kelebihan masing-masing untuk berbahasa cinta dengan si anak.
–Mari kuatkan bahasa cinta yang lemah, agar kita ekstrem pada satu-satu bahasa sahaja.
.
Mari kita doakan kekuatan bahasa cinta kita mendidik anak dikekalkan oleh Allah dan bahasa cinta lemah kita akan dibaiki.

#tadabburtazakkur
#savingfamilies
#binakejayaankesyurga
.
Tulisan TuanĀ Fazrul Ismail
Pengasas Modul Build Your Legacy ,BYL

Alamat Email:

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Jangan Biarkan Peristiwa Gerhana Berlalu Tanpa Bersedia 3 Perkara Ini

  Saya yang pening atau pasal jam di atas dinding bergoyang? Itulah peristiwa berlaku pada satu malam di Los Angeles...

Close