CASIC – Kalau saya jadi fasilitator?


Salah seorang peserta dalam program mingguan di Akademi Sinergi bertanya: “apa yang perlu saya buat ketika menjadi fasilitator?” Saya jawab “CASIC”

CASIC ialah kajian ringkas dan pengajaran daripada Surah al-Fatihah.

Connect

Apabila masuk ke tempat program, seorang fasilitator boleh buat perkara berikut:

  1. Beri salam dengan niat untuk mendoakan peserta (S)
  2. Pastikan dengan skala ceria (E)
  3. Berhubung dengan memfokuskan perhatian kepada peserta (I)
  4. Gunakan bahasa badan yang fokus dengan bersama erat atau menghadap kepada individu berkenaan dengan baik (P)

Malah sepanjang program, boleh terus berhubung dari semasa ke semasa. Topik yang perlu diutamakan ialah aspek fizikal, kemudian barulah masuk subjek intelektual, emosi dan spiritual. Turutan ini perlu diperhatikan agar peserta tidak merasakan ia terkejut atau diganggu ruang privasi-nya.

Acknowledge

Setiap kali Connect, ikuti dengan Acknowledge  atau mengiktiraf individu atau kumpulan tersebut.

Antara langkah poin ini:

  1. Boleh memuji tindakan peserta yang bersemangat
  2. Senyum dan menyapanya
  3. Memuji pada tindakan peserta menjawab atau membantu rakan lain
  4. Memuji pada kesungguhan peserta mengikuti program
  5. Mengiktiraf beliau pasti ada harapan. Dengar atau tanya.

Apa-apa sahaja perkara yang boleh dihargai dan diiktiraf, nyatakan segera. Apabila ada kesilapan, diamkan kecuali ia melibatkan hak orang lain atau berkaitan dengan hak Tuhan.

Serve

Dengan Serve, kita akan tolong. Antara kaedahnya:

  1. Angkat barang atau beg
  2. Bantu kalau peserta lapar, sejuk atau tidak pasti sesuatu perkara
  3. Membantu dengan mendengar apa-apa perkongsian atau apa yang diujarkan. Ia menjadi terapi kepada peserta.

Inquire

Sebagai seorang fasilitator, perlu sentiasa bertanya untuk membuka minda peserta selain daripada mengiktiraf ilmu serta pengalaman peserta.

Antara perkara yang boleh dilaksanakan:

  1. Bertanya khabar
  2. Bertanya perasaan sepanjang program
  3. Bertanya apa-apa keperluan
  4. Bertanya apakah faham is kandungan
  5. Bertanya apakah yang boleh dimajukan pada program
  6. Bertanya apakah plan semasa dan selepas program
  7. Bertanya pengalaman dalam tajuk yang berkaitan dengan program
  8. Bertanya untuk mengetahui lebih lanjut diri peserta (ia menjadi satu aspek penghargaan kepada peserta)

Elemen CASI ini perlu dilaksanakan banyak-banyak. Makin banyak ia dilaksanakan secara berulang pada aspek berbeza, ia akan membina kepercayaan taau TRUST pada diri peserta kepada fasilitator.  Selepas itu, apabila diberi arahan atau pilihan, ia akan mudah diterima oleh peserta.

Choice

Memberi pilihan melambangkan kematangan fasilitator di samping ia menaikkan estim peserta untuk membuat keputusan. Choice ialah jawapan dalam bentuk soalan. Ia adalah kemahiran seorang coach. Seorang fasilitator yang melaksanakan kemahiran coaching pasti disukai oleh peserta.

Antara perkara yang boleh dilaksanakan:

  1. Memberi pilihan bagaimana disiplin program dilaksanakan
  2. Memberi pilihan tentang mode program
  3. Memberi pilihan untuk melantik struktur organisasi sepanjang program
  4. Memberi pilihan untuk mengubah serba sedikit kandungan program
  5. Memberi pilihan untuk bagaimana melaksanakan isi latihan selepas tamat.

Seorang fasilitator yang hebat mempunyai kemahiran CASIC yang amat luas. 

 

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Penulisan CASIC akan dilancarkan

Insha-Allah 7 Tabiat A+: Pedoman Dari Surah al-Fatihah akan dilancarkan awal 2013. Untuk peringkat awal, pihak Total Success melancarkan laman...

Close