Bukanlah Perancanganmu Itu Yang Terbaik

Jika menurut Imam Ghazali, tawakal terbahagi kepada 4:

  1. Tawakal pada diri
  2. Tawakal kepada material
  3. Tawakal kepada orang lain
  4. Tawakal kepada Allah

Tawakal kategori 4-lah yang patut dijadikan asas sebagaimana tertera dalam ayat berikut:

 "…dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah (tawakal)." (Surah al-Anfaal  ayat 2)

Kandungan ayat tersebut amat kuat dan besar. Subhanallah. Jika dalam dunia ini kita tidak ingat Allah dan membaca ayat-NYa sehingga menimbulkan getaran dan bertambah iman, maka ia menjadi sebab tawakal seseorang itu berkurang. Syarat untuk memperoleh kemampuan tawakal yang tinggi pada Allah ialah dengan sentiasa bergetar dan bertambah iman hasil diingatkan nama Allah dan dibacakan ayat-ayat-NYa. 

Sudah pasti, bagi orang yang beriman, ia akan sentiasa diuji dengan ujian tawakal ini. Perhatikan janji Allah kepada orang beriman:

"2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" (Surah al-Ankabut ayat 2)

Atas dasar ujian akan hadir setiap masa, dan salah satunya ialah ujian tawakal, maka seseorang itu perlulah muhasabah dirinya setiap masa adakah apa yang dilaksanakannya dalam kehidupan menepati konsep tawakal yang benar. Ini penting diambilkira kerana tawakal dikaitkan dengan keimanan kepada Allah – sebagaimana terikrar dalam kalimah syahadah seseorang.

Jadi rancanglah elok-elok kehidupa dan pastikan ia tidak meletakkan tawakal kepada diri, material dan manusia lain. Tawakal mutlak adalah hak Allah yang menjadikan kita. Pasti anda tidak akan kecewa! 

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Bacalah Al-Quran untuk Rasa ‘Terkejut’ Mengasyikkan

Apabila seorang beriman itu membaca ayat Allah, akan bertambah imannya. Apakah realiti iman yang bertambah? Iman itu akan menbina 'detakan'...

Close