Bacalah Al-Quran untuk Rasa ‘Terkejut’ Mengasyikkan

Apabila seorang beriman itu membaca ayat Allah, akan bertambah imannya. Apakah realiti iman yang bertambah? Iman itu akan menbina ‘detakan’ dan ‘kejutan’ pada diri sehingga seseorang itu akan tersungkur sujud atau tunduk diam merasakan kebesaran Allah.  Malah ‘kejutan’ itu juga berlaku pada individu bukan Islam. Itulah yang terjadi kepada musyrik Mekah yang mendengar bacaan al-Quran dari Nabi Muhammad. Atas dasar itu, kalau anda ingin membaca al-Quran, pastikan anda mengharapkan ‘detakan-detakan’ dan ‘kejutan-kejutan’ yang mengasyikkan ini. Pastinya ia melibatkan nilai intelek dan emosi sehingga kita mampu beriman kepada Allah dengan sebenar-benarnya.Bagaimanakah ini boleh berlaku? Apakah tindakan yang perlu diambil bagi memastikan kita mampu mengecapi ‘kejutan’ yang mengasyikkan ini? Kalau Archimedes, beliau mengucapkan ‘Eureka’. Eureka bermaksud ‘I found it’ adalah kepuasan personal. Ia mungkin sekali sekala berlaku kerana diri sendiri amat lemah untuk ‘bertemu’ satu teori baru. Namun kalau kita mencari ‘teori baru dari Allah’ yang mungkin orang lain sudah maklumi atau tidak, peluang ini lebih besar dan menggiurkan bagi individu yang faham kehebatan dan keluasan ilmu Allah.

Kepuasan yang dilambangkan oleh orang beriman tertera pada kata-kata Subhanallah atau Masya Allah yang diucapkan setelah melihat kebesaran dan ‘terkejut’ dengan ayat ALlah. Beberapa tips untuk memastikan diri bersedia untuk mendapat hadiah ‘kejutan’ yang mengasyikkan ini:

  1. Dalami ilmu bahasa Arab
  2. Dalami tafsir al-Quran
  3. Dekati alim ulama samada khusus pada jurusan agama atau jurusan umum yang mampu mengaitkan dengan kalamullah al-Quran.
  4. Elakkan dari berbuat maksiat atau dalam keadaan dosa yang berpanjangan (fasiq)
  5. Bacalah dengan nama Tuhan

Begitulah antara tips untuk kita menuju kepada pertambahan iman apabila membaca ayat-Nya. Iman tidak akan bertambah selagi kita tidak dikejutkan dari lamunan hidup yang menipu atau ghurur ini.

Allahu a’lam

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Nilai Dalaman (Inner Values)

Saya ingin bawakan satu cerita yang amat hebat sekali. Saya kira, amat jarang sekali dikalangan kita mengamalkan dengan apa yang...

Close