Berentap dengan diri sendiri pada 10 hari terakhir

Bagi atlet di Olimpik, 10 saat terakhir amat penting bagi mereka. Bagi pelari pecut, 1 saat amat penting bagi mereka. Bagi peserta pertandingan atau musabaqah bulan Ramadhan, 10 hari terakhir perlu disusun dengan baik. Fokus dan fokus agar mampu mengakhiri bulan ini dengan pingat emas – bukan hanya kecewa dengan perak Lee Chong Wei dan tidak dapat beratur untuk mendapatkan Baskin Robbins.

Apa yang boleh dirancang pada 10 hari terakhir:

  1. Quran dibanyakkan lagi bacaan dan pemahamannya
  2. Urusan iktikaf diambil lebih serius di surau atau masjid yang berdekatan
  3. Urusan siang boleh diteruskan dengan mengambil kira aktivisme pada waktu malam di masjid diberi keutamaan
  4. Balik raya ? Kalau boleh diakhirkan dan tidak mengganggu masa untuk beribadah pada waktu malam
  5. Rancang dengan kawan di masjid agar aktiviti di sana akan menjadi amat seronok dan meriah.
  6. Solat malam boleh dibuat sendirian, tetapi kalau ada jemaah, ia juga akan menjadi lebih menarik.

Samada kita mahu fokus atau tidak, Ramadhan akan pergi jua. Kalau Ramadhan ini akan menjadi Ramadhan terbaik, atau menjadi Ramadhan yang berlalu seperti tahun-tahun lepas, 10 hari terakhir ini akan menjadi titik penentu. Kalau beza 2 mata membezakan Lin Dan dan Lee Chong Wei, maka 1 atau 2 hari tertentu pada 10 hari terakhir ini akan menentukan samada Lailatul Qadar itu mampu diraih atau kita akan kecewa. Pingat emas di bulan Ramadhan ini mampu dimilik oleh semua – tidak perlu berentap dengan negara China. Kita hanya perlu berentap dengan nafsu dalam diri.

Mudahkan kami ya Allah!

Facebook Comments:

One thought on “Berentap dengan diri sendiri pada 10 hari terakhir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Pendidik cemerlang bukan hanya pada zaman itu

"En Fazrul, satu lawan 47." "Bukan mudah tuan. Saya amat terkejut ketika menguruskan satu kes lesbian di kalangan pelajar. Kata

Close