Bila Anak Bergaduh, Ini 5 Panduan Untuk Ayah Ibu


Fuh! Bila masuk sahaja hari Isnin atau hari sekolah, awal pagi sahaja diisi dengan riuh rendah si anak-anak yang nak ke sekolah. Bagi yang sudah lepas fasa ini, Alhamdulillah. Yang belum lepas, inilah masa si kakak ingin masuk ke tandas awal atau si adik menangis kerana roti yang sudah disapu mentega diambil oleh si abang.

Bukan itu sahaja, kekadang waktu solat atau sedang siapkan makan pagi atau sedang kemaskan hal kerja di rumah, anak akan bergaduh. Ini tentu menyirap darah kalau tidak kena gayanya.

Apa yang Quran cakap pasal hal ini? Anak adalah fitnah. Maksudnya? Menurut Syeikh Abdur Rahmaan Kilaani dalam bukunya Mutaraadifaatul Quraan, ia adalah ujian yang besar namun amat dekat di hati. Kalau lepas ujian ini, kita naik pangkat. Kalau kita tidak uruskan dengan baik, kita menjadi orang yang gagal. Saya tidak mahu jadi ayah gagal. Banyak pahala kalau uruskan anak ini.

“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian (fitnah) dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” (Surah al-Anfaal 8:28)

Apakah yang boleh dibuat?

1) Fahami bahawa konflik ini adalah satu pengalaman penting bagi si anak. Nanti mereka akan ingat pengalaman satu hari nanti. Lebih dari itu, mereka belajar bagaimana untuk berunding. Kemahiran yang penting.

2) Belajar had atau sempadan dalam konflik. Ayah atau ibu boleh gunakan peluang ini untuk mengajarnya.

3) Ayah ibu bukan buat keputusan, tapi menjadi fasilitator. Mengapa? Nanti mereka akan pandai uruskan sendiri.

4) Ajarkan alternatif agar anak boleh membuat pilihan selain daripada apa yang ada.

5) Ayah ibu perlu ajarkan bagaimana berkonflik di depan anak. Contoh teladan ini akan dipelajari si anak.

5 perkara di atas bukan mudah dilaksanakan kecuali dengan menyedari anak ini sebagai amanah dari Yang Esa dan akan menjadi legasi kebaikan kita. Kena selalu ingat bahawa anak ialah anugerah yang dinyatakan Quran sebagai fitnah, bukan musibah di waktu pagi-pagi ketika mudah naik darah!

P/S Artikel ini sebahagian daripada kempen Saving Families di Rumah Ngaji. Dipersilakan tuan puan ‘share’ jika ia bermanfaat

#tadabburtazakkur
#savingfamilies
#binakejayaankesyurga

Facebook Comments:

Leave a Reply

Read previous post:
Perlukah sabar membina legasi?

Legasi perlukan masa Ia perlu dibina bertahap-tahap Makin lama seseorang itu hidup Akan makin fokus apa yang ingin dicapai Tanda...

Close