“Saya tak dapat anak”


Soalan: Kenapa orang yang dah kahwin susah dapat rezeki anak sedangkan yang belum kahwin, melakukan maksiat mudah dapatkan anak tetapi mereka buang anak tersebut? Adakah orang yang dah kahwin diberi cabaran rezeki? Bagaimana mahu atasi?

Jawapan:
Allah menyatakan dalam Surah al-Kahf bahawa anak dan harta adalah perhiasan.

Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan. (18:46)

 

Selain itu, harta dan anak menjadi fitnah dalam Surah at-Taghabun

Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar. (64:15)

Maka apabila ada anak, ia boleh jadi perhiasan di dunia dan fitnah. Kalau tiada anak, akan diberi harta lain. Dua-dua adalah baik. Kita perlu berusaha – namun Allah tentukan.

Kalau dapat anak atau harta dari cara tidak dibenarkan, ia tidak mampu menjadi saham malah akan menjadi liabiliti kepada individu tersebut.

Ada anak atau tidak bukan tanda mulia.

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Istidraj – macam mana nak sedar?

Soalan: Macam mana orang yang istidraj, nak sedar yang dia sebenarnya dalam kerugian? Sedangkan dia dapat banyak nikmat? (PD) Jawapan:...

Close