“Anak saya takut ke sekolah”


“Tuan, saya ingin bertanya sedikit. Anak saya tidak mahu ke sekolah selepas masuk darjah 1 selama 3 bulan. Dia takut ke sekolah kerana perlu bertemu cikgu Matematik. Bagaimana saya ingin buat, tuan?”

Saya baru habis hari pertama latihan. Pertanyaan ini seperti juga pernah berlaku pada anak saya. Namun bukan kerana takutkan cikgu, tetapi takutkan kepada kawan yang suka membuli.

Saya membalas, ‘puan, besok puan ada?”

Beliau mengangguk.

“Kalau saya jelaskan kaedahnya besok, boleh ?”

Beliau setuju.

Saya mahu memberi joran, bukan skeadar beberapa ekor ikan. Saya yakin beliau boleh bawa kaedah ini balik ke tempat kerja dan rumahnya agar sesuatu dibuat.

Isi hari pertaama

Harai pertama, saya banyak menerangkan aspek intrapersonal atau dalam diri untuk membina sikap dan tabiat positif. Aktiviti SAHAM saya akhirkan dengan mengetengahkan beberapa soalan :

1.Apakah maksud ‘menang’?
2.Mudahkah untuk ‘menang’ dan berjaya sebagai satu pasukan?
3.Apakah ciri yang penting untuk berjaya?
4.Bagaimana kalau seseorang atau satu kumpulan sudah buat kesilapan ?
5.Apakah kaitan aktiviti ini dengan pasukan dan secara umum dalam kehidupan?
Pada pusingan pertama aktiviti, agak ‘fail’ dalam mengaplikasikan elemen potensi yang dikongsikan. Saya berkongsi teknik PIES secara umum.
Namun selepas itu saya fokuskan penerangan tentang aspek spiritual. Soalan nombot 4 itu saya kaitkan dengan ayat berikut:
فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الأمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ
3: 159. Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya.

Alhamdulillah peserta berjaya menyiapkan tugasan dalam bentuk yang baik. Namun kuatkah diri untuk menyampaikan nilai dalam diri kepada orang lain ?

Isi hari kedua

Saya bercadang untuk berkongsi kemahiran interpersonal pada hari kedua. Kemahiran ini melibatkan empati kepada orang lain dan bagaimana hubungan baik dari semasa ke semasa.

Antara poin utama ialah 7 Prinsip orang Berjaya dan kaedah CASIC dalam al-Fatihah.

Moga saya dapat membantu si puan tadi dalam menyelesaikan cabaran untuk anaknya.

Yang pasti, ketika menyelesaikan itu, elemen emosi dan akhlak perlu diambil berat agar usaha diberkati dan mampu membawa lebih dekat kepada elemen spiritual. Ameen.

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Membina Cara Pandang

Saya menyemak beberapa perkara penting sejak kebelakangan ini tentang cara manusia membuat keputusan. Menurut Wired  For Thought oleh Stibel,  otak...

Close