Istidraj – macam mana nak sedar?


Soalan: Macam mana orang yang istidraj, nak sedar yang dia sebenarnya dalam kerugian? Sedangkan dia dapat banyak nikmat? (PD)

Jawapan:

Banyak nikmat atau kurang, bukan petanda mulia di sisi Allah. Perkataan seperti ‘saya kaya maksudnya saya mulia’ atau ‘saya miskin tanda Allah benci saya’ adalah bukan semangat al-Quran. Malah ini kaedah contoh buruk Firaun sebagaimana dalam Surah al-Fajr.

Surah 89

(Kami tetap akan membinasakan orang-orang yang menentangmu wahai Muhammad), tidakkah engkau perhatikan, bagaimana Tuhanmu telah melakukan terhadap kaum Aad (yang kufur derhaka) (6) Iaitu penduduk “Iram” yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi tiangnya, (sesuai dengan penduduknya) (7) Yang belum pernah diciptakan sepertinya (tentang besar dan kukuhnya) di segala negeri (pada zamannya)? (8) Dan (terhadap) kaum Thamud yang memahat batu-batu besar di lembah (Wadil-Qura iaitu tempat tinggalnya)? (9) Dan (terhadap) Firaun yang menguasai bangunan-bangunan yang handal kukuh? (10) (Semuanya itu ialah) orang-orang yang telah bermaharajalela di negeri (masing-masing). (11)

Apakah antara ciri mereka dalam Surah 89?

Dalam pada itu manusia tidak menghiraukan balasan akhirat), oleh yang demikian, maka kebanyakan manusia apabila diuji oleh Tuhannya dengan dimuliakan dan dimewahkan hidupnya, (dia tidak mahu bersyukur tetapi terus bersikap takbur) serta berkata dengan sombongnya: Tuhanku telah memuliakan daku! (15) Dan sebaliknya apabila dia diuji oleh Tuhannya, dengan disempitkan rezekinya, (dia tidak bersabar bahkan dia resah gelisah) serta merepek dengan katanya: Tuhanku telah menghinakan daku! (16)

Facebook Comments:

Leave a Comment

Read previous post:
Bagaimana meningkatkan iman menuju sukses

Soalan: Bagaimana untuk kita meningkatkan iman kita menuju sukses? (7FS PD NS) Jawapan: Salah satunya ialah dengan membaca Quran (إِنَّمَا...

Close