Perlukah kita berehat? Kajian ini di US dan Eropah
Perlukah kita berehat? Kajian ini di US dan Eropah
Ada orang yang saya lihat akan kerja dan kerja – seperti tidak penat. Ada yang kerja sikit, rehat. Kerja sikit, rehat.
Kajian di US menunjukkan ramai berfikir selepas buat kerja keras, perlu rehat. Manakala di Eropah, selepas kerja keras, boleh terus sahaja berkerja untuk projek seterusnya.
Ini memberi kesan apakah tindakan yang dibuat oleh ramai dari Amerika dan Eropah. Ada yang mencari rehat banyak-banyak. Ada yang berehat sikit sahaja.
Mana satu yang betul?
Mari kita perhatikan ayat berikut:
Surah asy-Syarh (Surah 94)
“Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (94:7) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). / (94:8) ”
Kesimpulannya: Teruskan sibuk mencari projek seterusnya. Rehat ialah apabila tidur, makan, senaman, bersosial dan solat pada masanya.
Jangan asyik menanti waktu untuk rehat sahaja – kerana tempat rehat sebenar ialah di sana. Apabila sudah bertemu bahagia di sana.