Apabila Facebook dan internet lebih menarik…

“Alamak, banyak perkara nak dibuat hari ini”

“Rungsingnya, banyak perkara tak selesai. Jumpa bos, klien, cikgu anak dan macam-macam lagi.”

“Dah waktu solat dah ?”

“Tak tahu berapa kali dah aku check email nie . …”

“Hati kata nak menghadap Facebook, otak kata siapkan kerja sekolah. Macam mana nak kuatkan diri untuk buat apa yang sepatutnya nie..”

Pernah alami perkara di atas? Jika anda pernah alami, itu bukanlah pelik. Ia adalah salah satu cabaran hidup di dunia ini. Surah al-Mukminoon ada memberi panduan bagaimana kita mampu menjadi individu beriman yang berjaya. Ada teknik PPPRA yang boleh dijadikan panduan – akronim kepada teknik tersebut. Ia adalah sebahagian isi dari awal Surah al-Mukminoon.

Manusia tidak rasional ?

Sebenarnya dialog di atas adalah sebahagian dialog yang membuktikan manusia suka berbuat sesuatu yang tidak rasional. Banyak lagi perkara yang tidak rasional yang berlaku – samada kita sedar atau tidak sedar. Untuk memastikan hidup ini lebih terarah dan teratur, sudah semestinya akal yang diberikan oleh Allah perlu dimaksimumkan untuk bertindak rasional semampu mungkin.

Bagaimana memastikannya?

PPPRA

Salah satu tool ialah teknik PPPRA.

P – Plan

P – Prioritize

P – Pairs

R- Responsible

A – Awareness

Jika anda boleh mengamalkan teknik di atas, hidup anda pasti akan menjadi lebih teratur. Mengapa perlu ada PPPRA? Kerana jiwa manusia perlu berdialog. Ia suka perkara baru. Sesuatu yang sama akan membosankan.

Ada yang membaca al-Quran menjadi bosan. Namun ramai yang  membacanya tetapi akan bertemu sesuatu yang ‘baru’ dan amat ceria dan gembira. Apakah beza mereka yang membaca Quran menyebabkan ceria dan bosan? Tanya pada hati. Jika ketika membaca al-Quran, yang aktif ialah outside in, maka jiwa akan bosan. Namun jika ketika membaca, yang aktif ialah jiwa inside-out, maka itu yang menyebabkan pelbagai renjatan, henjutan, kemanisan dan eureka yang menerpa. Apa beza inside-out dan outside-in? Inilah kemahiran dalam PPPRA.

Apa kesan mengamalkan PPPRA?

Apabila mengamalkan PPPRA dalam kehidupan, banyak impaknya – yang boleh kita lihat dalam sejarah orang-orang yang mendapat nikmat dari Allah.

Dengan teknik Plan, anda akan menjadi amat yakin untuk berjaya. Ia menjadikan anda lebih fokus dan berdisiplin. Tidak mahukah anda ‘masa studi adalah masa studi, masa Facebook adalah masa Facebook’? Inilah yang menjadi cabaran realiti generasi kini.

Dengan teknik Prioritize, anda tidak celaru memilih apa yang ingin dilaksanakan. Batu besar perlu diletakkan dahulu dalam balang agar batu kecil dapat menyusul – jika mengikut demonstrasi Stephen R Covey dalam latihannya. Tidak mahukah anda ‘yakin memulakan hari, puas sebelum tidur’? Ramai yang tidak menggunakan teknik ini terbawa kerja pejabat ke dalam mimpi.

Dengan teknik PRA, anda akan menjadi amat fleksibel. Individu yang rasional mampu melaksanakan apa yang sepatutnya pada masanya. Rasionalkah kalau ketika kerja utama perlu disiapkan, masih lagi berada di internet melayari Facebook atau email ? Sudah tentu tidak. Namun mengapa ramai yang bertindak tidak rasional? Kerana teknik PRA tidak dimahirkan.

Semoga kita mampu beramal dengan apa yang sepatutnya pada masa yang ditetapkan. Surah al-Mukminoon akan menjadi panduan kita dalam mengatur hidup sukses di dunia dan akhirat.

P/S Artikel ini ialah sebahagian isi kandungan program Managing Irrationality pada 31 Oktober 2010 di Bangi. Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, sila ke laman berikut http://www.facebook.com/event.php?eid=142119172501236&ref=ts .

PP/S Bagi individu yang menyatakan kod PPPRA ketika mendaftar kehadiran sebelum 28 Oktober 2010 di http://bit.ly/managingirrationality, anda layak mendapat hadiah misteri untuk program nanti. Ini hadiah kami kepada pembaca al-Muntalaq.COM

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Pemimpin Kita Bercakap Atau Bertindak?

Apakah pandai berkata-kata penting bagi seorang pemimpin? Time Magazine 20 Julai 2009 mengeluarkan satu artikel yang bertajuk Who Needs Charisma?

Close