Menukar Masalah Menjadi Peluang


Masalah adalah penyebab kepada inovasi. Tanpa masalah tiada inovasi dapat dicipta. Samada dalam teknologi, perniagaan atau kehidupan sosial, masalah perlu dilihat dari perspektif penambahbaikan.

Individu yang berjaya pada hari ini semuanya berjaya kerana kebolehan mereka menyelesaikan masalah dengan baik dan tepat. Bagaimana caranya? Anda boleh memulakan dengan melihat persepktif masalah itu dengan betul. Kemudian anda perlu bertanya kepada diri sendiri soalan yang betul untuk menyelesaikan masalah itu.

Bukan Kenapa.

Selalunya tiap masalah menjelma kita akan bertanya ‘kenapa?’

Kenapa aku miskin?

Kenapa aku tak lulus periksa?

Kenapa aku gemuk?

Kenapa hubungan keluarga aku tak bahagia?

Kenapa perniagaan aku tak membesar?

Kenapa, kenapa, kenapa…..

Bertanya Dengan Bagaimana

Masalah perlu dihadapi dengan ‘bagaimana?’

Bagaimana cara aku keluar dari kemiskinan ini?

Bagaimana  untuk cemerlang dalam peperiksaan akan datang?

Bagaimana untuk menguruskan badan dengan berkesan?

Bagaimana membina keluarga bahagia?

Bagaimana membesarkan perniagaan aku ini?

Soalan Yang Betul

Untuk mendapatkan jawapan yang betul, kita perlu bertanya soalan yang betul. Maka kita akan mula memikirkan kaedah dan prinsip yang tepat dalam proses menyelesaikan masalah itu.

Insya Allah, hidup kita akan lebih maju dalam mencipta peluang-peluang baru.

I asked Allah for strength and He gave me difficulties to make me strong.
I asked Allah for wisdom and He gave me problems to solve.
I asked Allah for courage and He gave me obstacles to overcome.
I asked Allah for love and He gave me troubled people to help.
I asked Allah for favours and He gave me opportunities….
Maybe I received nothing I wanted, but everything I needed.

Facebook Comments:

2 Comments

  1. Diba Latif says:

    Salam,
    Wah! Kagum betul dengan semangat Ariff ni. Saya orang Kuala Langat juga, di Jenjarom. (Actually, famili sebelah mak la)
    Teruskan usaha hingga ke puncak jaya. Memanglah awal-awal nampak susah, tapi perjalanan seribu batu bermula dnegan satu langkah kan? Kalau tak melangkah, macam mana nak sampai?
    Bisnes ni ibarat memandu di jalan raya. Ada pemandu berhemah, ada yang tidak berhemah. Ada yang “bungkus” dan ada yang sampai ke destinasi dengan selamatnya.
    Seronok bila tengok ada orang muda ingin berjaya, dan mempunyai mentaliti yang tak ramai orang muda ada. (Saya pun orang muda juga).

    Marilah kita bersama menuju kejayaan (Azan dah seru 5 kali sehari kan?)

    Wassalam.

    • AJ says:

      Salam..
      Terima kasih Puan/ Cik Diba. Saya doakan Diba pun akan berjaya dlm hidup dan bisnes. Antara keduanya ada keseimbangan, cuma perlu dicari dgn cara yg betul. Cabaran yg buat hidup kita seronok. Sentiasa belajar, kuatkan emosi dan banyakkan doa.

      Dan insyaAllah, Allah akan bagi kita kejayaan dunia dan akhirat klu kita berusaha dgn ikhlas.

      p/s: berusaha orang Banting 🙂

Leave a Comment

Read previous post:
Dimensi Umur & Pencapaian

Adakah umur menjadi faktor penting dalam membina kejayaan? Sebenarnya boleh atau tak boleh seseorang berjaya tidak banyak ditentukan faktor umurnya....

Close