Membaca BOS

Saya masih tak habis membaca buku Strategi Laut Biru (Blue Ocean Strategy) walau dah hampir 5 bulan buku itu ada dalam simpanan. Bukannya tiada masa, tetapi kerana isi yang dihidangkan amat menarik- dan bergaya bahasa akademik yang tinggi- saya perlu mengambil masa lebih banyak masa menghadam isi-isinnya.

Statergi Laut Biru (Blue Ocean Strategy) sangat bermakna bagi sesiapa yang mahu melihat dunia dalam persepktif yang berbeza. Strategi ini ditulis dalam perspektif bisnes, namun aplikasinya boleh digunakan dalam semua disiplin yang berkaitan untuk menarik perhatian orang ramai.

Untuk menjalankan kerja dakwah, teknik prinsip ini juga amat sesuai untuk seseorang masuk ke dalam kelompok golongan tertentu. Sama halnya dengan politik. Untuk pengenalan saya tuliskan disiplin utama yang terkandung dalam buku tersebut. Dan kemudian kita akan pergi dengan lebih mendalam selepas kita memahami disiplin-disiplin tersebut.

4 STRATEGI LAUT BIRU

  1. Membina semula sempadan pasaran
  2. Fokus kepada gambaran luas, bukannya angka
  3. Mencapai Permintaan Jauh Melebihi Tahap Sedia Ada
  4. Mendapatkan Turutan Strategi Yang Betul

3 TAHAP KUMPULAN BUKAN PELANGGAN

  1. Yang paling dekat kepada pasaran. Terletak dibucu pasaran. Kumpulan pembeli yang membuat pembelian yang minimum untuk barangan yang ditawarkan industri atas keperluan tetapi secara sikapnyamenganggap mereka bukanlah pelanggan khusus. Bersedia untuk terjun dan berpidah industry sebaik peluang wujud. Jika ditawarkan satu lonjakan dalam nilai, mereka akan kekal malahan menambahkan kekerapan pembeliansecara berganda dan membuka kunci permintaan baru yang luas.
  2. Orang yang tidak mahu menggunakan barang oleh industri. Kumpulan pembeli yang melihat apa yang diatawarkan sebagai satu pilihan untuk untuk memenuhi keperluan mereka tetapi memilih untuk untuk tidak mengambil peluang tersebut.
  3. Paling jauh daripada pasaran. Tidak pernah memikirkan tentang tawaran barangan dari pasaran sebagai satu pilihan.

Jadi, setelah mengenal pasti kumpulan sasaran, Strategi Laut Biru akan mudah dilaksanakan.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Menukar Masalah Menjadi Peluang

Masalah adalah penyebab kepada inovasi. Tanpa masalah tiada inovasi dapat dicipta. Samada dalam teknologi, perniagaan atau kehidupan sosial, masalah perlu

Close