Penyelesaian masalah semantik dalam diri

Saya angguk lagi. Nampaknya dia menggunakan kata-kata saya bahawa 'adakah daleel' untuk menyokong hujahnya bahawa amat tidak relevan malah tidak sesuai untuk mengetahui perihal hikmah dalam ibadah. Apabila beliau selesai menyatakan poin-nya, saya menghuraikan penyelesaian semantik yang beliau ada.

Antara ibadah dan alam 

Saya setuju yang boleh difikirkan kejadian makhluk Allah, bukannya zat Allah – malah kita akan binasa jika berbeuat sedemikian. Saya setuju. Dia bersetuju. Dengan poin ini, dia kata 'bukan fikirkan ibadah kan?' 

Saya menyatakan : ibadah dan alam adalah dua perkara yang perlu dibezakan jika kita melihat kepada hikmah dalam ibadah. Hikmah dalam ibadah bukanlah tujuan ibadah itu sendiri – yang perlu dikhususkan kepada Allah. Jika niat puasa ialah untuk sihat, maka itulah yang diperoleh seperti orang yang sakit perlu berpuasa. Namun jika seseorang tahu perkara itu dan mampu mengawal tasdeeq dalam hati untuk ikhlas kerana Allah, itu tidak pula menjejaskan niat tersebut. Mengetahui sesuatu ilmu tidak dicela dalam al-Quran dan as-Sunnah malah ia dipuji.

Saya menyambung: solat adalah ibadah. Puasa adalah ibadah. Kalau kita kaji mengapa solat dan kesannya kepada tubuh badan, memang kita akan penasaran. Namun jika kita lihat solat adalah ibadah, dan tubuh kita adalah sebahagian daripada alam dan makhluk, kita akan mampu memahami dan menghargai hikmat pergerakan dalam solat. Memang pergerakan dalam solat berbeza-beza dalam mazhab berlainan, tetapi ia tidak mengganggu aspek ibadah. Cuma pada aspek faedah atau hikmahnya, pastilah ada perbezaan . Individu yang duduk dan berdiri dalam solat pasti berbeza kesan pada otot tubuh badan. Atas dasar itu, cara kita memerhati topik yang dibincang perlu jelas. Semantik perlu ditetapkan dengan jelas agar jangan sampai ia mewujudkan kecelaruan ketika berdiskusi atau memahami sesuatu dalam kehidupan.

Beliau terdiam. Kemudian saya teruskan perbincangan. Beliau juga meneruskan perbincangan dengan aspek Islam liberal. Saya menyatakan: Orang Islam perlu belajar teknik penyelesaian masalah semantik yang ada pada banyak tempat. Jika semantik dan asma’ tidak diketahui secara baik, jangan harap puak liberal ini mampu untuk menerima hujah kita.

Saya mengharapkan  beliau bertemu kebenaran bukan dari lidah saya, tetapi daripada lidah beliau sendiri agar beliau menerima hakikat beliau ada masalah semantik sehingga amat mudah melatah dalam melihat hikmah ibadah menerusi sains di samping memahami cara berdepan dengan puak Islam liberal.

Kadang-kadang yang tayseer itu dianggap liberal. Yang liberal itu dianggap tayseer. Yassiru wa laa tua’ssiruu.

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Betapa mudahnya menzalimi apabila tidak sistemik

Apabila seseorang berada di bawah – sebagai rakyat, pekerja, pelajar, anak dan sebagainya – banyak perkara yang akan kita pertahankan...

Close