Betapa mudahnya menzalimi apabila tidak sistemik

Begini cabarannya menjadi pemimpin. Apabila seseorang itu sudah diberi kuasa atau dilantik menjadi pemimpin, ia bukan berinteraksi dengan satu faktor atau individu sahaja. Kalau si A sebagai pekerja duduk bawah majikan B, A hanya bertanggungjawab kepada B. Apa-apa yang dibuat akan menuju kepada arahan daripada B. Ia mudah.

 

Namun bagi si B, ia ada A, C, D dan ramai lagi staf yang ada. Apabila terdapat lebih daripada 1 faktor yang terlibat, pemikiran sistemik amat penting diamalkan kerana tanpanya, ia akan memudahkan kezaliman berlaku. Dalam konteks A kepada B, memang terdapat lebih daripada 1 faktor wujud seperti aspek waktu, ketaatan kerja, dan sebagainya. Namun capahan faktor ini hanya berpunca daripada satu sumber: B.

 

Padahal bagi B, capahan dari A, C, D dan sebagainya cukup untuk menyebabkan seseorang perlu memikirkan interaksi dan kaedah hubungan yang efisien bagi mengelakkan kezaliman.

 

Sebagai contoh, lihat diagram di bawah

 

 

Setiap individu ada tugasan dan spesifikasi tersendiri. Namun keutamaan perlu diberi. Ini berkaitan Prinsip #3 dalam PS. Tidak sesuai kalau katakan A memerlukan wang tetapi si B berkata: tak boleh ambil awal kerana kita hanya akan bayar hujung bulan. Jika tidak ada fleksibiliti di sini dalam sistem kewangan organisasi ini, ia akan memberi kesan kepada motivasi kerja A.

 

Jika A ada kenderaan dan yang lainnya tiada, si B minta untuk membawakan semua staf ke satu tempat program. Adakah boleh jika dikaitkan dengan etika dan akhlak kerja? Tentu tidak kecuali apabila ada bayaran tertentu yang dipersetujui atau mungkin ia adalah atas dasar sumbangan tolong dari si A. Namun itu tidak sesuai dijadikan amalan atau polisi kerana ia akan menyebabkan pelbagai kesan negatif jika tidak dipantau dengan baik.

 

Pemimpin tidak sempat memandang ke bawah

 

Lantaran pemimpin sibuk menguruskan pelbagai perkara, kekadang isu kecil atau dianggap remeh adalah punca kezaliman yang bermaharajalela dalam sesuatu organisasi. Ini banyak berlaku. Menjadi tugas pemimpin untuk melihat organisasi secara sistemik dan kemampuan untuk multi-tasking amat penting dalam kehidupan seharian. Apabila PS difahami dan mencapai Prinsip #10 – tidak lain tidak bukan bahawa PS perlu diamalkan. Pada waktu itu, kemahiran multi-tasking akan menjadi sebahagian kemahiran kepimpinan yang akan memastikan kejayaan di dunia dan akhirat.

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Ketika tiada, syukurlah. Kalau ada?

Saya mendapat SMS yang menceritakan program seorang pensyarah: "Alhamdulillah. Program OK. Respon dari peserta bagus. Anggaran 70 orang hadir. Target...

Close

 

Kebajikan

Kenderaan

Kewangan

Operasi

A

 

 

 

 

C

 

 

 

 

D

 

 

 

 

E