Ketika tiada, syukurlah. Kalau ada?

Kalau Dr atau PhD yang dilihat dan refleks kepada kesungguhan promosi yang dilaksanakan, ia semacam memberi klu kepada saya bahawa saya patut berusaha ke arah Dr tersebut. Kalau tidak ada, pelbagai alasan boleh diberi untuk justify bahawa apa yang ada sahaja sudah cukup untuk bersama masyarakat menyampaikan risalah. Namun kalau sudah ada Dr, bukankah ia bonus dan kalau tak nak guna, ia boleh disimpan? Padahal dengan Dr itulah, ia akan memberi kelebihan untuk bersama pelbagai institusi dalam menyampaikan risalah kebenaran.

Agenda PhD untuk Pemikiran Sistemik 

Lantaran pelbagai cabaran yang melanda dalam menyampaikan PS disebabkan ia 'tidak masak', tiada PhD dan sebagainya, PS perlu melalui fasa PhD menunggu matang 40 tahun usia penyampainya. Perlukah begitu?

Saya akan siapkan tesis PhD-nya dan semoga kejayaan isteri saya untuk PhD akan menjadikan saya lebih fokus kepada tajuk ini untuk dikaji dengan adil dan saksama. Selagi ada ruang dan lebih strategik untuk mendapatkan PhD, saya perlu usahakan. 

Rasul tidak di-offer buat PhD atau membaca 

Saya masih mencari daleel adakah PhD tidak penting. Kalau zaman Rasul, beliau dioffer :

  • Perempuan – untuk mendapat isteri dan keluarga bahagia
  • Harta – untuk hidup kaya dan sejahtera
  • Pengubat – untuk mengubat diri jika ada sakit
  • Pangkat – yang boleh digunakan untuk menyampaikan dakwah jika mahu 

Rasul tidak di-offer untuk belajar. Adakah PhD melambangkan pangkat atau kredibiliti ilmu seperti mana Rasul menguji kredibiliti beliau ketika memberi ucapan di Bukit Sofa?

Semoga Agenda PhD PS ini adalah untuk membina kredibiliti ilmu dan mudah untuk saya menyampaikan PS dalam masyarakat.  Ya Allah! Mudahkanlah urusanku untuk mendapatkan PhD dalam PS agar ia mampu disampaikan dengan lebih luas. 

Jika anda menyokong atau ada komen tentang hal ini, sila mesej saya. Saya amat mengalu-alukannya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Ya Allah! Bantulah hamba-Mu melaksanakan dakwah

Ketika Rasul melaksanakan dakwah, adakah Rasul ditaja atau di-sponsor? Ketika embargo ekonomi, adakah individu Islam yang mewah hidupnya? Jika Rasul...

Close