Mengisi My Legacy

Rancang esok, tahun depan atau 100 tahun dari sekarang?

Jadi aku kena isi yang mana satu?”

Ahmad membalas, “boleh diisi perancangan kau esok atau tahun depan atau 100 tahun lagi. Tapi kalau disetkan 100 tahun dari sekarang lagi bagus.”

“Lagi bagus? Apa maksud kau? Masa tu aku pun dah masuk kubur.”

“Pasal masuk kuburlah kena rancang. Itu memang confirm. Rancang esok tak pasti sempat ke tidak,” Ahmad menerangkan.

Halim setuju.

“Kalau begitu, aku kena fikirkan 100 tahun dari sekarang ya?” Tanya Halim.

Ahmad angguk.

“Lebih kurang begini. Kalau kita nak ke KL dari Seremban nie, kita bayangkan ke KL dulu ke atau kita bayangkan Bangi, Kajang, Serdang dulu?”

“Tentulah kalau nak ke KL, bayangkan ke KL terus. Lepas tu barulah cari jalan apa sahaja yang terbaik ke sana,” kata Halim.

“Haa, gitulah kalau nak rancang di sini. Boleh je kalau nak rancang besok atau tahun depan. Tapi itu macam nak rancang ke Bandar Sri Putera lepas tu ke Bangi. Selepas sampai Bangi rancang ke Serdang. Sampai Serdang baru rancang ke KL. Agak buang masa. Tak tentu ada masa ke nak rancang setiap masa. Apatah lagi dari segi betapa membazirnya pergi keluar pada setiap tol dan masuk kembali untuk ke KL,” panjang Ahmad berceloteh.

“Ok, ok,” sambil diisi bahagian My Legacy.

Lama Halim bermenung. Ahmad membiarkan. Bukan mudah-mudah sahaja mengisi. Halim menconteng-conteng kertas. Apabila diletakkan usia beliau 24 tahun pada kotak umur pada 2012, kotak-kotak lain bertukar mengikut tahun. Pada 2013, umur Halim menunjukkan 25 tahun. Pada 2088 nanti, usia beliau ialah 100 tahun.

“Wah, aku umur 100 tahun. Hidup ke tidak masa ini,” komen Halim.

“Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan jasa dan nama,” terang Ahmad.

“Dan membina pahala dalam kubur, kan?” jerkah Halim.

“Yes, pandai pun kau. Apalagi, senaraikanlah apa yang kau nak bina pada 2088 kalau kau masih hidup atau berada bawah tanah?”

“Hmmmm..” lama Halim berdiam.

Teringat beliau kepada buku Built to Last oleh Jim Collins yang dibeleknya di Kinokuniya minggu lepas. “Inilah rasanya maksud Jim Collins” fikir Halim.

Legasi P atau I atau E

“Ok. Jadi aku kena semua kotak ke pada 2088 nie?”

“Tidak semestinya. Paling kurang satu kotak. Apa perkara yang kau ingin bina pada 2088 samada secara fizikal, intelektual atau emosional?”

“Spiritual? Aku confirm nak bina pahala,” balas Halim.

“Pahala memang kena bina, tapi masuk kubur tak dapek dah. Kena tinggalkan atas dunia ini dalam bentuk fizikal, intelek atau emosi atau sosial, ” jelas Ahmad.

“Bagi contoh sikit,” Halim memerlukan bantuan.

“Sebagai contoh, dari segi fizikal ialah kau tinggalkan tanah untuk digunakan oleh anak yatim buat sekolah. Wakaf.”

“Kalau contoh intelek atau I?”

“Ilmu bermanfaat,”Ahmad menjawab.

“Aku nak ajar Quran, ok tak?”

“Hehe, siapa yang ajar?” tanya Ahmad.

“Akulah. Aku yang buat pahala.”

“Kau nak keluar dari bawah tanah?” tanya Ahmad. Bertanya soalan bagi memastikan target Halim mematuhi syarat SMART : specific, measurable, achievable, realistic & time bound.

“Oh, tak-tak. Tapi macam mana nak bina ilmu bermanfaat?”

“Kau tulis buku, dan pada 2088, buku kau masih dibaca.”

I got it. Kalau aku buat PhD dan kajian aku bermanfaat pada masyarakat, itu pun salah satu yang aku boleh bina dan tinggalkan, betul?”

“Betul, betul, betul,” ajuk Ahmad seperti Upin dan Ipin.

“E?”

“Emosi ini merujuk kepada emosi kau dan orang lain – termasuk keluarga, kawan, rakan kerja dan masyarakat di Malaysia atau di dunia. Kalau dalam hadith dikaitkan dengan ‘anak soleh'”

“Aku faham le anak soleh. Tapi apa kaitan anak soleh dengan emosi?”

“Masa kau hidup, emosi kau yang stabil memberi kesan kepada lahirnya anak soleh yang stabil. Tidak trauma dengan perangai ayah yang baran atau malas sembahyang atau apa-apa sahaja perkara negatif.”

Sambung Ahmad “Masa kau masukkan anak kau ke sekolah rendah, kau dapat jaga anak lagi?”

“Masa dia balik rumah aku dapat le monitor.”

“Kalau di sekolah?” tanya Ahmad.

“Itu aku serah pada cikgu-cikgu.”

“Kalau cikgu itu baik, baiklah anak kau. Tapi kalau suasana di sekolah tak baik, ia memberi kesan pada anak kau.”

“Yep aku setuju. Kalau tahun 2088 apa kaitannya?” tanya Halim cuba mencari kaitan dan jawapan untuk diisi dalam kotak E tahun 2088.

“Kalau kau hidup lagi pun tidak dapat jaga anak kau 100%, apatah lagi ketika kau dah di bawah tanah.”

Halim mengangguk-angguk.

“Maksudnya aku kena baikkan sistem kehidupan agar anak aku hidup dalam sistem baik dan soleh?”

“10 markah!”

Berapa kali perlu diisi My Legacy?

“Ok. Dah siap untuk 2088,” sampai Halim dengan rasa puas.

“Apa yang boleh dibuat sekarang ialah kau isi mana-mana tahun berkaitan target dalam kehidupan. Kalau kau cadang nak beli rumah, bila? Kalau nak beli kereta, bila? Kalau nak buat PhD atau apa-apa sahaja perkara besar dalam hidup, boleh letakkan secara ringkas.”

“Perlu ada kaitan ke dengan 2088?”

“Yang terbaik, begitulah. Sebagai contoh, kalau kau nak tinggalkan legasi kajian PhD kau sebagai ilmu bermanfaat pada 2088, mungkin pada 10 tahun dari sekarang, kau kena selesaikan PhD.

Lagi satu ialah, My Legacy tidak perlu isi setiap hari atau setiap minggu. Cukup diperhatikan setiap awal atau hujung tahun. My Legacy ini target besar-besar. Long term. Kalau yang short term, kau isi bahagian yang mengikut tahun. Kena tambah dari tahun ke tahun.”

“Ok. Faham-faham. Biar aku fikir dulu. Tak faham nanti aku tanya. Lagi pun dah lewat malam nie. Nanti mimpi legasi pula nanti,” usik Halim.

Ketawa berderai.

 Bersambung ke Mengisi 2012-2013

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Bagaimana mengisi Timeline & Goal Setting A+

Halim menyemak Timeline & Goal Setting A+. Ia adalah satu fail dalam bentuk Excel yang beliau download di sini. Fail

Close