Percaya Dengan Visi Kita


 

Apa Yang Kita Percaya?

Didalam satu buku yang dikategorikan sebagai antara buku perniagaan terbaik sepanjang zaman, Built to Last: Successful Habits of Visionary Companies oleh Jim Collins dan Jerry Porass ada dijelaskan tentang konsep kepercayaan yang menjadi panduan syarikat yang bervisi besar.

Syarikat-syarikat bervisi besar dapat bertahan selama puluhan tahun dan memberikan sumbangan signifikan dalam kehidupan manusia. Mereka mempunyai satu etika kepercayaan yang dipanggil Ideology.

Ideology mengikut definisi Wikipedia: An ideology is a set of ideas that constitutes one’s goals, expectations, and actions. An ideology can be thought of as a comprehensive vision, as a way of looking at things, as in common sense and several philosophical tendencies, or a set of ideas proposed by the dominant class of a society to all members of this society (a “received consciousness” or product of socialization).

 

Ideology akan membimbing syarikat ini melaksanakan visi yang mereka ingin kejar. Ideologi kekal sebagai identiti dan jiwa sepanjang proses kehidupan syarikat walau berlaku perubahan persekitaran, teknologi atau kepimpinan.

Ini adalah dasar kepercayaan yang ditanam dalam diri untuk menjelaskan peranan ‘siapa aku dan kemana arah tujuku’. Apabila ideology dipegang dengan kukuh, sebati dalam kehidupan dan nafas, syarikat akan sepanjang masa berjuang dan berusaha untuk menegakkan visi mereka.

Tiada apa yang boleh mengganggu perjalanan, luaran ataupun dalaman.

Core Ideology= Core Values + Purpose.

Jim Collins dan Jerry Poras membuat satu kajian yang menarik bahawa Ideology dibentuk oleh (i) Core Values dan (ii) Purpose. Mengikut takrifan dalam buku Built to Last, Core Values: organization’s essential and enduring tenets; 3 to 6 core value; life for a hundred years; inspiration and guidance for all future generations.

Purpose: set of fundamental reasons for a company’s existence beyond just making money; unique; never ended; never fully achieve.

Pilih Ideology Yang Luhur / Murni

Dan yang amat menariknya kalau kita dapat lihat, ketiga-tiga set pegangan ini tidak jauh bezanya dengan konsep Niat (Intent) dalam setiap tindakan kita. Setiap amalan memerlukan niat dan niat menjadi penentu / hala tuju amalan yang sedang dilaksanakan. Syarat niat diterima ada tiga, sekaligus syarat apa yang ingin dikerjakan akan diterima:-

i) Niat kerana Allah (Ideology)
Satu-satunya tempat yang ingin di tuju. Menjadi pegangan sehidup semati. Tiada apa yang dapat menghentikan dan mengganggu niat ini. Visi yang ingin dibina adalah untuk mendapat balasan yang terbaik dari Allah. Apabila niat menjadi luhur, kekuasaan (power) dan kesenangan (pleasure) bukan sebab untuk dikejar. (Hadis niat berhijrah; niat kerana Allah Vs harta & wanita)

ii) Niat untuk beribadah (Value)
Sehingga ke akhir zaman manusia akan menjalankan tugas untuk memakmurkan bumi. Dari satu generasi ke satu generasi tanggung jawab ini dipindahkan. (Bekerja seperti hidup 1000 tahun dan beribadah seperti akan mati esok hari: Rujuk al-Hadis)

iii) Melakukannya untuk menjalankan perintah Allah (Purpose)
Mengapa manusia dicipta? Untuk beribadat dan memakmurkan seluruh alam semesta. Bukan sekadar untuk bersenang lenang. Kewujudan setiap individu adalah signifikan untuk membina perubahan dan penambah baikan. Tugas ini tidak akan pernah selesai dan ia bukan tugas satu individu. Visi perlu dikongsi. Dan apabila semua berkongsi nilai Purpose yang sama, kita akan saling bantu-membantu menegakkan visi bersama.

(Rujukan: Syarah Riyadhus Shalihin; Syaikh Muhammad al-Utsaimin)

Balasan / Hasil Mengikut Yang Diniatkan

Walaupun konsep Ideology dalam Built to Last hampir sama dengan konsep Niat, bezanya adalah kenikmatan Built to Last hanya dapat dirasai pada tahap dunia sahaja. Mereka telah dapat membuktikan secara sunnatullah, sesiapa yang berusaha dengan bersungguh-sungguh akan diberi ganjaran dengan selayaknya.

“Barangsiapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka kami segerakan baginya didunia ini apa yang kami kehendaki..” (al-Isra’, 17: 18)

Syaikh Muhammad al-Utsaimin memberikan penjelasan: ‘Allah tidak berfirman “Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang dia kehendaki”. Akan tetapi Allah berfirman “Kami segerakan baginya di dunia apa yang Kami kehendaki bagi orang yang kami kehendaki’. Jadi diantara manusia ada yang diberi keduniaan yang dikehendakinya, ada yang diberi sebahagian darinya dan ada pula yang tidak diberi sama sekali’

Bagi individu atau organisasi yang mempunyai visi dari dunia sehingga ke akhirat, ini adalah janji Allah pada ayat yang seterusnya:

“Dan barangsiapa menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha kearah itu dengan sungguh-sungguh, sedangkan dia beriman, maka mereka itulah orang yang usahanya dibalas dengan baik” (al-Isra’, 7:19)

Ideology samada baik atau buruk, jika kita berusaha dan yakin untuk mencapainya, Allah akan memberikannya sesuai dengan apa yang menjadi keinginan setiap individu atau organisasi.

Namun kemudian Allah sekali lagi mengingatkan kedua-dua pihak tentang aspek sunnatullah, dan ingatan ini harus dipandang serius oleh manusia yang beriman sebagai satu cara pandang dunia yang lebih luas. Dalam membina visi masing-masing mereka akan dibalas dan ditolong sesuai dengan gerak kerja mereka kerana itu adalah tanda rahmat Allah.

“Kepada masing-masing baik golongan ini (yang menginginkan dunia) mahupun golongan itu (yang menginginkan akhirat), Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu. Dan kemurahan Tuhanmu tidak dapat dihalang” (al-Isra’, 17: 20)

Oleh itu luhurkanlah niat kerana niat akan memurnikan tindakan. Apabila tindakan menjadi murni ianya akan menghasilkan tabiat hidup yang hebat. Tabiat hidup yang hebat menjadikan nilai dan tujuan hidup lebih bermakna. Dengan nilai dan tujuan hidup yang bermakna akan melonjakkan potensi membina legasi dari dunia hingga ke akhirat.

[Kemudian bolehlah sambunglah bacaan ke al-Isra’, 17: 21-22, sebagai hiburan sekaligus ingatan bagi mereka yang mahu membina legasi dari dunia hingga ke akhirat 😉 ]

Allahu a’lam

Facebook Comments:

Leave a Reply

Read previous post:
Jagalah Nikmat Itu

Bismillah. Dalam bahasa Arab, perkataan nikmat berasal dari kata akar ni' ma (nun ain mim) yang bermaksud sebaik-baiknya. Antara lain...

Close