Jagalah Nikmat Itu

Bismillah.

Dalam bahasa Arab, perkataan nikmat berasal dari kata akar ni’ ma (nun ain mim) yang bermaksud sebaik-baiknya. Antara lain ianya juga bermaksud na’ maak (kebahagian) dan na ‘imah (berseri-seri).

Jadi ‘nikmat’ seperti yang kita semua faham adalah sesuatu yang menyenangkan, memberi keselesaan dan kebahagian jika dimiliki. Semua manusia mahukan nikmat dalam kehidupannya.

Dalam masa sama dari kata akar ni’ma juga membentuk perkataan an-na ‘am (alif lam nun ain mim) iaitu binatang ternak dalam ayat (Q 5: 123) dan juga surah khas berkaitannya- Surah al-An ‘am (binatang ternak)

Boleh difahami yang sifat ‘nikmat’ sama dengan sifat ‘binatang ternak’. Ianya adalah perkara yang menyenagkan hati pemiliknya. Ianya perlu dipelihara / dijaga dengan baik. Jika binatang ternak itu hilang atau mati, pasti dukacita pemiliknya.

Nikmat samada kesihatan tubuh badan, masa lapang, keluarga, sahabat dan apa sahaja pemberian Tuhan perlu dijaga dengan baik dan digunakan juga kejalan kebaikan. Jangan abaikan nikmat yang ada sehingga tiba nikmat itu ditarik, barulah kita akan rasa sesal. Ketika sakit kaki, barulah rasa hebatnya nikmat kaki yang Allah beri, kenapa tidak ke majlis ilmu sewaktu kaki itu berfungsi. Ketika tiada duit, barulah sedar nilai nasi yang selalu dilepas pandang, pasti tidak akan dibuang-buang dulu.

Jagalah nikmat sebaik-baiknya seperti penternak menjaga binatang ternakannya dengan penuh perhatian dan memperoleh kebaikan dengan hasil jagaanya.

“Tunjukkanlah kami jalan yang lurus Ya Allah. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau berikan nikmat”

Allah Yang Maha Tahu.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Bagaimana menangani stres

Salah satu cabaran dalam kehidupan ialah stres. Ia diperlukan dalam dos yang sesuai. Jika kurang, seseorang akan malas dan tidak

Close