Mengapa tidak hanya ‘My Solution’?

“Pendapat saya betul. Ada nas.”

“Saya sudah berjaya. Saya sudah mendapat PhD. Saya sudah tulis buku. Saya ada banyak pengalaman.”

Itu semua adalah ‘My Solution’. Ia boleh dilaksanakan, namun kesannya tidak sehebat ‘Our Solution’. Dari segi intelek, tidak disangsikan kehebatan ilmu dan pengalaman yang kita ada. Namun dalam memastikan apa-apa sahaja solusi kita bersifat praktikal, ia perlu melibatkan intelek dan emosi orang lain. Ia perlu mengambil kira potensi orang lain – biarpun orang lain itu dalam keadaan yang amat minimum. Perbezaan MS dan YS itu akan mewujudkan warna-warni dalam solusi yang akan kita cari.

Sindrom pembawa kebenaran

Antara sindrom pembawa kebenaran ialah ‘saya betul’ dan ‘awak salah’. MS atau YS. Namun OS akan memastikan kalau ‘saya sudah ada kebenaran’, bagaimana MS boleh membawa YS kepada kehebatan – bukan sekadar kebenaran. Kebenaran berlaku di domain intelek. Namun kalau ia sabar dilaksanakan, ia akan membawa kehebatan dalam hidup ini. Biarkan semua individu menilai kita dengan kehebatan yang berlaku – bukan hanya berhujahkan intelek semata-mata.

Inilah yang perlu diperhatikan oleh si ibu atau ayah kepada si anak. Inilah yang perlu ditunjukkan oleh si ustaz dan naqib kepada anak buahnya. Kehebatan tidak semestinya Twin Tower yang menjulang ke langit, tetapi apa-apa sahaja kehebatan dalam apa yang kita laksanakan. Kehebatan ini ada unsur luar biasa daripada elemen biasa-biasa sahaja. Yang biasa itu ialah MS. Yang biasa itu ialah YS. OS akan membawa kehebatan itu. Insha-Allah.

MS tidak sama dengan HS

Satu sebab utama untuk memastikan MS bukan HS, kerana apa-apa sahaja pendapat manusia boleh ditempelak atau diketepikan. Hanya HS yang perlu dicari dan diterima. Persoalannya, bukan hanya kita yang betul. Mungkin dalam 1001 perkara kebenaran, ada 1 perkara yang lebih tepat. Apabila kita sedia untuk mencari OS menuju kepada HS, insha-allah kita akan mampu untuk mengelakkan kesan MS yang ekstrem.

Antara kesannya:

  1. Hanya bergantung kepada kita atas segala-galanya
  2. Tidak boleh dipindah kepakaran yang kita ada
  3. Apa-apa projek tidak berjalan baik tanpa kita
  4. Individu kurang kreatif dan inovatif dalam kepimpinan seharian.
  5. Individu merasakan mereka memerlukan manusia hebat, bukan perlukan dan kembali kepada Pencipta manusia yang hebat.

Moga kalau kita rasa kita ada idea hebat, kembalikan kepada HS samada secara langsung atau secara perlahan melalui 1st, 2nd, 3rd dan akhirnya 4th alternative.

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Kerana-Nya, kepada-Nya

Dalam program pertama The 4th Alternative, salah seorang peserta bertanya : adakah kita perlu memilih untuk membuat pilihan bermula dengan

Close