Mencari Lailatul Qadar sepanjang tahun

Ada karnival 365 hari. Banyak acara yang ditawarkan. Banyak tawaran dan tawaran yang diberikan. Tawaran terbaik ialah pada satu malam.

1000 kali ganda ditawarkan. Beli satu dapat 1000. Bukankah ini akan menjadikan RM 1K anda akan menjadi lebih RM 1000K atau dengan erti kata lain – anda menjadi jutawan?

Dahulu saya selalu mempersoalkan: apakah relevannya membaca Surah al-Qadar di luar bulan puasa? Ini kerana surah tersebut bercakap tentang Malam al-Qadr yang dipersetujui ramai ulama berlaku pada bulan Ramadhan. Dulu ia menjadi kemusykilan. Kini ia terjawab.

Kita memohon kemaafan sepanjang tahun

Dalam duduk antara dua sujud, kita akan memohon kemaafan dari Al’Afwun – Yang Maha Memaafkan.

Kalau kita memohon kemaafan sepanjang tahun, maka Lailatul Qadar adalah ‘ultimate’ kepada keampunan.

Inilah yang diajarkan Nabi kepada Saidatina Aisyah apabila ditanyakan tentang amalam pada malam tersebut.

 Bacalah:

للَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّىْ وَاغْفِرْلِى

“Allahumma innaka ‘afwun karim tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni waghfirli.”
(Ya Allah! Sesungguhnya Dikaulah Maha Pengampun, Maha Pemurah dan yang suka mengampunkan, maka ampunilah daku.)

Sepanjang tahun kita mencari kemaafan, maka Lailatul Qadar adalah offer terbaik untuk ke arah itu. Alangkah menariknya.

Untuk apa kemaafan?

Kemaafan berbeza dengan keampunan. Keampunan dosa masih tidak memadamkan rekod atau peringatan Allah kepada dosa yang dilaksanakan oleh hamba-Nya. Namun dengan kemaafan, bukti atau bekas dosa itu akan dihapuskan. Kalau ia terhapus di dunia mahupun di akhirat, betapa indahnya.

Di dunia, kita akan ‘tercabut’ dari bekas dosa kita yang masih berulang walaupun kita bertaubat.

Di akhirat, kita akan bertemu Allah tanpa Allah ‘mengungkit’ segala kesilapan atau dosa kita.

Kini terjawab

Antara satu kemaafan dengan 1000 kemaafan, sudah tentu tawaran 1000 kali ganda itu lebih menarik perhatian. Tawaran Sogo penuh dengan kesesakan. Namun tawaran Allah penuh dengan keluasan – asalkan kita berniat dan bermohon kepada Allah untuk hadir ke malam anugerah lebih baik 1000 bulan itu.

Mencari Lailatul Qadar adalah sepanjang tahun. Majlis anugerah ulungnya tidak lama lagi di hujung 10 hari bulan Ramadhan. Jangan pula kemaafan dicari sepanjang tahun, namun pada malam anugerah, dicari kuih raya sahaja.

 

Ya Allah mudahkan kami mengingati dan beribadat kepadaMu.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Kerangka berfikir – satu keperluan

Sejak beberapa minggu ini, banyak pengalaman yang saya rasai bercampur dengan pelbagai kategori manusia. Dari sekaya-kaya manusia, sebanyak-banyak PhD, sebesar-besar

Close