Pendakwah ‘Lean Startup’

Dalam dunia bisnes, ada ‘Lean Startup’ yang ditulis oleh Eric Ries. Beliau adalah ‘anak murid’ Steve Blank yang mempopularkan idea ‘customer development model’. Antara intipatinya: cari pelanggan sambil membina produk. Ketika saya ke Singapura mengambil program ‘masterclass’ Business Model Generation pada Ramadhan 1433H, banyak perkara hikmah yang boleh diadaptasi dalam urusan dakwah. 

Pendakwah ‘Lean Startup’

Gaya bisnes tradisional mementingkan idea, modal, bina produk dan cari pelanggan. Gaya ‘lean startup’ ialah cari pelanggan dengan produk asas dan kemudian gerakkan modal dan produk lengkap. Pelanggan sudah ada ketika produk selesai siap.

Gaya dakwah boleh jadi kaedah bisnes. Boleh gaya ‘lean startup’.

Gaya bisnes: dakwah saya betul. Alangkah baiknya kalau semua orang beli ‘dakwah’ saya. ‘Dakwah’ saya sudah siap. ‘Beli’ sahaja.

Gaya ‘lean startup’ : dakwah saya betul, tetapi saya perlu ambil kira pengalaman dan kehendak pelanggan juga. Saya akan bawakan mesej dakwah sekadarnya pada mad’u saya – kemudian dari titik itu, saya akan kembangkan kepada apa yang boleh menjadi pelengkap kepada keinginan mereka untuk menuju kepada Allah.

Jika pendekatan ini digunakan, ia akan memberi kesan yang besar kepada mad’u kerana mereka rasa ‘dihargai’ untuk si da’i membawa mereka bersama-sama menuju Allah.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Mencari Lailatul Qadar sepanjang tahun

Ada karnival 365 hari. Banyak acara yang ditawarkan. Banyak tawaran dan tawaran yang diberikan. Tawaran terbaik ialah pada satu malam.

Close