Keperitan di peringkat manusia

Sememangnya hidup sebagai manusia ada keperitan yang akan melanda. Kerana kita inginkan kekayaan atau keperluan wang, inginkan gred yang terbaik atau inginkan perhatian dari manusia yang kita suka atau hormati. Amat perit apabila apa yang kita inginkan tidak kita peroleh. Namun layakkan keperitan itu mendahului kepayahan apabila tidak mampu mendekatkan diri kepada Tuhan Yang Esa?

Secara ringkasnya, hidup ini berfokuskan kepada Allah. Apa-apa sahaja yang kita buat, akan ada masa naik turunnya. Ada masa kita amat bersemangat. Ada masa kita tidak ada asa. Apabila kita buat sesuatu itu dengan penuh semangat, kita akan nampak hasilnya. Kita mula nampak teknik atau strategi. Kita mula nampak individu manusia yang akan memberi pengiktirafan atau penghargaan. Kita akan mula kecewa dengan sesuatu yang kita tidak jangkakan. Kita akan mudah juga mengecewakan orang lain kesan perkara kecewa yang berlaku ke atas diri kita.

Namun itulah ujian kehidupan. Ia akan sentiasa berlaku dalam hidup. Kita akan bertemu titik ekstrem dalam diri kita dan orang lain. Akan tercabar segala sifat adil, syukur atau apa-apa sahaja sifat positif yang ingin kita hidupi atas nama Allah. Allah akan sentiasa membersihkan niat kita dari semasa ke semasa. Akhirnya, ia seperti kita sudah makan dan basuk pinggan. Sudah berbuat baik dengan seseorang, maka dilepaskan sahaja tanpa perlu mengungkit atau ingin diri disyukuri, dihormati atau diberi penghargaan melangit. Jika itu dicari, bersedia untuk bertemu dengan kekecewaan. Ketaatan atau kecintaan mutlak hanya milik-Nya.

Makan dan basuh pinggan

Atas dasar itu, hidup ini perlu menjadi seperti kita makan dan basuh pinggan. Jangan terlampau ‘sayang’ dengan nasi sebiji atau baki ayam yang perlu ditinggalkan. Ia sudah menjadi sebahagian dari kitaran – selepas kita berusaha sedaya upaya.

Ya Allah, kuatkan diri ini agar tetap ikhas dalam hidup menuju kepada-Mu. Kalau keperitan ini ingin diubat dengan perhatian manusia, aku akan kecewa juga akhirnya. Terima kasih memberi hidayah kepadaku walaupun ia tidak pernah putus untuk aku perlukan sepanjang hidup ini.

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Pendakwah ‘Lean Startup’

Dalam dunia bisnes, ada 'Lean Startup' yang ditulis oleh Eric Ries. Beliau adalah 'anak murid' Steve Blank yang mempopularkan idea

Close