Bagaimana bersinergi

Ahmad ingin berkerjasama dengan Ali untuk satu projek. Ahmad tidak pasti ingin mula dari mana. Kalau ia terus beri kerja kepada Ali, tidak semestinya Ali bersemangat. Mari kita semak proses yang sesuai.

Tanya purpose

Ahmad tanya purpose Ali. Apa matlamat hidup secara umum. Kemudian dikaitkan dengan projek yang akan dibuat. Minat tak ?

Spesifikkan reward

Kalau Ali minat, nyatakan reward terutama bahagian P, I dan E. Jika ada duit, katakan ada P. Kalau tiada, nyatakan ini ruang untuk belajar (I) atau untuk kita mengenali antara satu sama lain (E).

Nyatakan expectation Ahmad

Apakah harapan Ahmad untuk mencapai proses dan hasil yang baik?

Kongsikan tujuan hujung projek yang akan dilaksanakan (S)

Kongsikan apa power yang akan diberikan kepada Ali (E)

Nyatakan segala kemahiran yang diperlukan sebagai checklist agar Ali boleh sedia dari awal (I)

 

Jika ia telah dinyatakan, Ali pasti akan mendapat Motivation 3.0. Beliau akan bersemangat.

Perlu follow up – report

Sebagai Ahmad, perlu follow up. Mungkin sekali seminggu.

Sebagai Ali, beliau perlu hantar report kepada Ahmad.

Ahmad sebagai product owner perlu melihat setiap saat agar kejayaan berlaku. Ali mungkin terlibat dengan pelbagai projek dalam atau luar syarikat. Apabila Ali berkomunikasi dengan Ahmad dengan reporting yang bagus (online atau offline), ia akan menjadikan kerja Ahmad senang. Kalau tidak, Ahmad masih mahu berfikir dan akan menghasilkan pelbagai idea yang akan diberikan kepada Ali agar dilaksanakan kerana Ahmad tidak merasakan kerja sedang berjalan.

Kalau idea Ahmad datang banyak sangat

Ahmad perlu simpan dan bandingkan dengan timeline sedia ada (yang dikongsikan oleh Ali). Kalau sesuai, ia dimasukkan pada masa yang sesuai. Atau buat catatan di timeline Ali.

Komitmen amat penting dalam sinergi

Apabila bersinergi, dua-dua pihak perlu mengambil peranan. Jika salah satu tidak berjalan, ia boleh dibaiki dengan pihak yang kuat akan membuat follow up maksimum 2 kali bagi perkara yang sama. Kalau ‘ball in other court’, kita perlu semak samada kita perlu langsaikan projek itu atau tangguhkan sahaja. Keputusan ini perlu dibuat kerana ia akan memberi implikasi berbeza. Langsaikan: kita akan follow up sampai jadi atau tukar sumber/ strategi. Kalau tangguhkan: kita senyap atau tangguhkan sahaja. Barulah tidak kecewa ketika bersinergi.

Kalau saya tidak bersemangat bersinergi lagi?

Apabila sudah berjanji, adalah terbaik untuk kotakan apa yang dijanjikan. Kalau tidak mampu atau ingin batalkan, ia wajar dimaklumkan kepada pihak yang berjanji. Catatan apa yang dijanjikan perlu dibuat agar tidak mudah terlupa pada apa yang dijanjikan.

Sinergi ada kaitan dengan manfaat kepada dua-dua belah pihak. Ada masa kita amat suka dan semangat bersama pasukan yang amat memahami dan komited. Namun ada masa tidak faham langsung dan kurang bersemangat. Ini adalah cabaran sinergi. Seorang yang ingin bina kejayaan lebih besar perlu mengambil kira cabaran ini untuk ditangani dengan baik. Memang ada individu yang mudah lupa janjinya atau amat sukar dipegang janjinya. Mengenali individu begini akan menyelesaikan sebahagian masalah sinergi.

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Keperitan di peringkat manusia

Sememangnya hidup sebagai manusia ada keperitan yang akan melanda. Kerana kita inginkan kekayaan atau keperluan wang, inginkan gred yang terbaik

Close