Menuju ‘Wholeness’ dan ‘Holiness’

Saya selesai membaca buku ‘Wholeness And Holiness in Education’ oleh Dr Zahra Al Zeera. Alhamdulillah. Saya kagum dengan penulisan buku tersebut. Lebih dari itu, saya bersyukur ada individu yang berfikiran begitu. Ada ruang yang besar untuk Islam difahami dan dikongsi dengan umum dalam perspektif yang lebih besar – bukan sekadar retorik atau ilmu terpencil semata-mata.

Banyak perkara yang dikongsikan dalam buku ini. Ada beberapa perkara yang ingin saya highlight-kan untuk panduan diri saya sendiri menuju ‘wholeness’ dan ‘holiness’ dalam pendidikan dan kehidupan.

Pemikiran Dialektik

Ada tesis.

Ada antitesis.

Antara tesis dan antitesis, diharapkan membawa kepada tesis ke-3 : kebenaran. Lantaran pemikiran dialektik adalah satu proses samada peringkat intrapersonal atau interpersonal, ia boleh menjadi satu perkara penting dalam proses kehidupan dan pelajaran.

Pemikiran dialektif yang diasaskan tauhid akan memberi kesan berbeza dengan pemikiran dialektik Barat. Dialektik Barat menyebabkan pertentangan akal yang akhirnya akan mengakibatkan pertengkaran atau peperangan. Manakala dialektik berasaskan tauhid cuba untuk membawa perbincangan dan pemikiran kepada tauhid. Dialektif ini boleh menjadi satu alat untuk transformasi dan dalam masa yang sama boleh menjadi ‘highest stage of faith development’ seperti mana dikutip oleh Dr Zahra dalam bukunya.

Tesis dan antitesis boleh jadi ekstrem

Apabila ekstrem, di tengahnya ialah jalan yang lurus atau wasatiah. Ia boleh difahami dengan dialog dan monolog – dengan mengambil kaedah heuristik atau hermeneutik. Monolog akan melibatkan pemikiran mendalam (reflections). Jalan lurus itu dipandu oleh Tauhid. Apabila berlaku perkara ini

A: Saya ada Quran

B: Saya tiada dalil dari Quran

tesis ke-3: Ada kebenaran yang tersembunyi oleh A dan B yang boleh dipadukan. Dengan lensa tauhid, kita akan simpati dengan B kerana tiada dalil Quran untuk diusahakan beliau mendapat akses kepada Quran. Dengan lensa tauhid, kita akan bekerjasama dengan A untuk menjadikan perspektif al-Quran sebagai asas kehidupan – kerana ia hadir dari Tuhan. A menggunakan pendekatan spiritual manakala B boleh menggunakan akal.

Akal dan naqal tidak akan berkelahi. Naqal sentiasa akan memayungi kelemahan akal di peringkat manusia. Cuma akal A dan akal B tidak boleh sombong untuk menyatakan ‘aku ada kebenaran mutlak’. Ia hanya milik Allah – peranan di kalangan hamba-Nya untuk berkongsi dan mengajak dengan gaya terbaik.

Wholeness kepada Holiness

Apabila hidup diasing-asing atau dipisah-pisahkan, ia akan menjadikan kita tidak ‘holy’ atau kembali kepada fitrah manusia. Manusia ada fizikal, intelek, emosi dan spritual. Apabila fizikal terasing dari spiritual, atau emosi terasing dari intelek dan spiritual, ia akan menjadikan kita bukan hamba yang sebenar. Kita tidak mendapat ‘wholenss’ – yang kesannya jauh dari ‘holiness’ – dekat dengan Allah.

Menariknya, untuk bersifat ‘wholeness’, ia perlu disistemkan dalam pendidikan dan kehidupan.

‘Saya sakit hati’ tanpa tahu apa kaitan dengan spiritual adalah pemisahan.

‘Saya tidak perlu baca buku’ dan tidak sedar kesan kepada spiritual adalah pemisahan.

Saya perlu fikir kuat secara empirik tanpa mengambil kira nilai kualitatif dan sumber tauhid, adalah pemisahan.

Apabila ia terpisah dan tidak memberi ruang kepada dalaman diri berujar, ia akan mewujudkan pemisahan.

Pemisahan ini tidak bersifat ‘wholeness’. Jauh dari ‘holiness’. Akhirnya diri akan rasa kosong – kerana spiritual tidak diberi ‘makan’.

Apa perlu dibuat

Dr Zahra mencadangkan perkara berikut dalam transformative learning – pembelajaran yang akan membuat perubahan:

  1. Dialectic Thinking – untuk memajukan kemampuan intelek. Ia akan menghubungkan fizikal – intelek.
  2. Reflection and meditation – Menghubungkan pengalaman sendiri dengan dalaman diri. Pengalaman ada kaitan dengan emosi dan spiritual diri.
  3. Conversation and dialogue  – Menghubungkan diri sendiri dengan masyarakat. Apabila item 1 & 2 dilaksanakan, ia akan melahirkan ‘whole person’ yang akan berinteraksi dengan masyarakat yang bersatu.

 

 

 

Facebook Comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Read previous post:
Bagaimana bersinergi

Ahmad ingin berkerjasama dengan Ali untuk satu projek. Ahmad tidak pasti ingin mula dari mana. Kalau ia terus beri kerja

Close